Posted on August 12, 2020
Minggu lalu kami dijemput menghadiri ke satu sesi makan tengahari bersama Neelofa dan Lancôme Malaysia. Kata mereka, Neelofa ingin mengumumkan sesuatu. Kami teruja pada masa sama gementar apakah yang ingin diumumkan Lofa. Setibanya kami di sana dan mendapat tahu perkara sebenar, alangkah gembira bercampur bangga dengan wanita yang tidak henti-henti mengharumkan nama negara kita. Neelofa diumum sebagai duta Rantau Asia Tenggara Lancôme yang pertama. Pemilihan ini menjadikan Neelofa sebagai orang Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis ini di rantau Asia Tenggara. Kami bangga!
Lancôme banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun ini. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita, dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah dan bermakna.
Saya terharu dapat bekerjasama dengan Lancôme di bawah peranan baru ini, kerana saya percaya bahawa kisah, warisan, dan pengalaman bersama amatlah penting untuk wanita terutama pada masa-masa ini. Saya berharap dapat berhubung bersama wanita serantau dan berkongsi perjalanan kebahagiaan dan cinta ini.
Neelofa akan mewakilit kesemua kategori Lancôme iaitu penjagaan kulit, alat solek juga wangian untuk pasaran seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Malah, lebih mengujakan kami, buat pertama kalinya Lancôme bakal mengadakan kempen Hari Raya yang pertama bersama Neelofa pada tahun 2021 nanti.
Menurut Angeline Foo, Pengurus Jeneral Jenama Lancôme,
Neelofa lambang wanita Lancôme yang berkarisma. Kecantikan luarannya adalah cerminan kebahagiaan dalamannya. Setelah lima tahun kami bekerja dengannya, kami merasa sangat bangga dapat meraikan kejayaan besar Neelofa setelah dinobatkan sebagai Duta Besar Asia Tenggara (SEA) pertama untuk Malaysia dan juga rantau ini.
Ini adalah usaha bersama antara jenama berusia 85 tahun, serum # 1 di Asia – Advanced Génifique… dengan seorang bintang terkemuka iaitu Neelofa. Di sini, ikon saling bertemu ikon.
Seperti kita lihat duta serta ikon Lancôme yakni Kate Winslet, Julia Roberts, Penelope Cruz, Lily Collins, Zendayaa, Amanda Seyfried, Lupita Nyong’o dan Taylor Hill, masing-masing memiliki kekuatan diri daripada segi keyakinan, kebebasan dan dalaman mereka yang menjadi inspirasi seluruh dunia. Begitu juga dengan Neelofa yang memiliki keanggunan, kecerdikan luar biasa serta sifat yang menawan melambangkan identiti dan nilai yang terdapat di Lancôme.
Seiring dengan pelantikan bersejarah ini, Lancôme akan melancarkan kempen #MYStrongerSkin untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar tampil berkeyakinan dalam menghadapi normal baharu bersama hari ini.
Lancôme bakal mengedar 10,000 kit percubaan 7-hari secara percuma melalui laman web Lancôme bermula minggu lalu hingga 31 Oktober ini. Kit ini mengandungi serum ikonik mereka, Advanced Génifique, untuk orang ramai mencuba dan merasai sendiri kehebatan serum ini.
Sekali lagi, tahniah kami ucapkan buat Neelofa, idola dan inspirasi kami!
Apa pandangan anda?