Posted on January 16, 2020
Dua hari lalu, bintang Youtube, NikkieTutorials, atau nama sebenarnya Nikkie de Jager, mengambil langkah berani berkongsi dengan jutaan peminatnya di Youtube melalui video sepanjang 17 minit tentang identiti dirinya yang sebenar. Di dalam video bertajuk, “I’m coming out.” itu dia turut menerangkan bahawa dirinya diugut oleh seseorang jika dia terus mendiamkan diri tentang identiti dirinya itu.
Dan selepas berfikir panjang, dia akhirnya membuka mulut. Selepas 11 tahun berkecimpung di dalam dunia kecantikan dan Youtube dengan 13 juta pengikut, dia memberanikan diri untuk berkongsi kisah silamnya dalam masa sama dia turut memperingatkan penonton dan pengikutnya, dia masih Nikkie yang sama.
“Semacam tidak percaya saya akan bercakap tentang perihal ini hari ini dan untuk satu dunia tahu tentang diri saya. Akan tetapi, ia adalah satu perasaan yang seronok dan lega apabila akhirnya dapat meluahkan semua ini. It is time to let go and be truly free.”
Dia mendedahkan lagi bahawa sewaktu ibunya mengandungkan dia, ibunya selalu berangan bahawa bayi yang bakal keluar adalah seorang bayi perempuan, namun apa yang diperoleh adalah berbeza daripada apa yang diinginkan ibunya. Dan semenjak kecil lagi, Nikkie dapat merasakan yang dirinya lebih terdorong untuk menjadi seorang perempuan. Dia didedahkan dengan mainan anak patung, solekan dan rambut palsu sejak kecil lagi.
“When I was younger, I was born in the wrong body, which means that I am transgender now.”
Walau apapun keputusan Nikkie, peminatnya setakat ini masih boleh menerima siapa Nikkie yang sebenar. Malah, Dylan, tunang kepada Nikkie juga yang turut baru mengetahui tentang kisah silam Nikkie ini menerima pengumuman itu dengan hati terbuka.
Apa pandangan anda?