Posted on November 5, 2020
Selalunya jika mahukan tata rias kuku yang minimalis, pasti kita akan memilih riasan kuku French nails ataupun sekadar dibersih, buffed dan dibentukkan sahaja. Ada antara kita, yang mahu menyimpan kuku panjang, namun tidak tahu cara hendak menyimpan lama. Kadang-kala kuku juga tidak cukup kuat dan cepat rapuh. Baru-baru ini, seorang penata rias kuku, Fariha Ali, memperkenalkan kita semua dengan trend terbaru “oat milk nails”. Solusi untuk kamu yang mahukan kuku simple namun tetap cantik, ibarat tampil “bersiap”.
Instagram: @nailjob
Menurut Fariha pada Allure, tatarias kuku untuk Rumer Willis ini versi naiktaraf dan agak sama dengan tataan yang pernah dia riaskan pada kuku pelanggannya sebelum ini.
Pelanggan saya mahukan sesuatu yang sangat natural, tetapi pada masa yang sama mahu menambah panjang kukunya. Jadi kami membuat keputusan untuk ‘meniru’ rupa kuku natural tetapi dalam bentuk gel.
Tambahnya lagi,
Beberapa tahun lalu saya pernah mencipta trend kuku almond milk nails, di mana tatarias kukunya lebih kepada rona putih halus dan trend itu agak hit. Kini saya pilih untuk melakukan versi 2020 pulak, maka terciptalah oat milk nails sedikit berbeza daripada kuku almond milk yang dulu.
Fariha turut memberitahu konsep oat milk nails ini agak sama dengan konsep no-makeup makeup look. Konsep ini hanya sekadar hendak menaikkan seri kuku itu sahaja, namun memerlukan sedikit persiapan dalam mencipta konsep ini. Senang kata kamu juga boleh jadikan ini alternatif kepada tatarias French manicure! Cuma yang membezakan dengan tatarias itu adalah kuku jenis oat milk ini betul-betul mimik tona kuku sebenar.
Memandangkan tahun ini segalanya adalah tentang minimalis, baik daripada segi solekan dan gaya dandanan rambut. Begitu juga dengan kuku! Malah, kami rasakan trend ini akan berterusan sehingga ke tahun hadapan. Jadi, buat kamu yang malas hendak bersiap, namun masih mahu tampil kemas, cantik dan ‘sesuatu’, bolehlah cuba trend kuku ini! #STAILLAVVV
Apa pandangan anda?