Posted on February 26, 2020
Persoalan saya, sejak bila menjadi “cantik” itu satu pertandingan? Hari ini saya melihat ramai yang berpusu-pusu hendak menjadi cantik, mekap tebal menutup cela selagi boleh. Dah bersiap, langsung berswa-foto dan muat naik di media sosial. Untuk tatapan siapa? Kata kamu, untuk kepuasan diri, tetapi sedarkah kamu realitinya itu. Beauty is #NoCompetition .
Bersifat kompetitif, itu sewajarnya ada di dalam setiap diri manusia. Ia satu benda yang baik kerana ia secara tidak langsung mampu menjadikan diri lebih berkeyakinan, kuat dan memiliki satu keazaman tinggi untuk mencapai sesuatu. Namun ada juga di antara kita yang bersifat kompetitif terhadap benda yang langsung tidak memberikan apa-apa pada diri selain tekanan dan toksik.
Apa dia?
Tekanan untuk menjadi cantik. Satu jenis pertandingan yang tidak perlu kamu daftar pun, akan tetapi semua berpusu-pusu untuk bertanding. Setuju atau tidak? Konon-kononnya mengejar kecantikan standard, perkara-perkara inilah yang secara tidak kamu sedari mengawal minda kamu dan kemudiannya memberi tekanan dalam diri dan kemudian kamu membataskan limitasi diri.
Walaupun kita melihat banyak misi dan kempen kesedaran sudah dijalankan di seluruh dunia baik menerusi suara orang awam, media, jenama fesyen baik kecantikan serta daripada laungan selebriti dunia, hari ini kita masih melihat “pertandingan” toksik ini.
Dengan itu, jenama kecantikan global berprestij, SK-II, telah bersatu dengan atlet Olimpik bersempena dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun ini untuk bersama-sama berusaha membendung dan bersuara untuk menghentikan isu tidak sihat ini.
Pressure should never dictate our choices.
Menerusi kempen ini, tim SK-II sesungguhnya berharap tiada lagi pertandingan toksik ini terjadi di kalangan wanita-wanita di luar sana. Mereka ingin menjadi inspirasi kepada wanita bahawasanya kecantikan diri bukanlah satu ukuran. Kecantikan itu begitu subjektif dan peribadi.
Antara yang menyertai kempen ini ialah atlet Simone Biles (gimnas), LiuXiang (atlet renang), Ishikawa Kasumi (atlet ping-pong), Ayaka Takahashi dan Misaki Matsutomo (atlet duo badminton), Mahina Maeda (atlet luncur air) dan Hinotori Nippon (atlet bola tampar Jepun).
Mereka ini turut berkongsi kisah dan pengalaman peribadi mereka di laman media sosial dan kemudian memberikan kata-kata semangat dan pesanan berguna kepada semua wanita di luar sana sebagai tanda menyokong kempen SK-II ini.
Kamu juga harus menunjukkan tanda sokongan kepada kempen ini. Ingat, ini bukan untuk orang lain, ini adalah untuk diri kamu sendiri. Sesungguhnya kita semua telah pun terkancah ke dalam pertandingan ini tanpa kita sedari.
Apa pandangan anda?