Posted on February 27, 2020
Jika satu perkara yang ingin saya huraikan tentang pentas Versace ini, sudah tentu pada tenaga dan vibe yang dibawanya ke dalam panggung. Donatella Versace gemar meraikan wanita. Seperti yang kita lihat di pentas Versace musim lalu, Jennifer Lopez dipilih menjadi penutup pertunjukan fesyennya dengan mengenakan gaun hijau ikonik. Kemudian musim sebelumnya, Donatella mengangkat 5 ikonik model daripada era 90-an sebagai highlight pentasnya. Tapi untuk pentas Versace Milan musim luruh/dingin 2020 kali ini agak berbeza sedikit, Donatella memilih untuk menyuntik tenaga maskulin pada seluruh panggung.
Selain daripada menampilkan koleksi yang lebih androgynous musim ini serta menampikan pertunjukan co-ed buat pertama kalinya (menampilkan model lelaki dan perempuan dalam satu pentas), gaya rambut dan pilihan mekap juga dilihat seakan menepati tema Donatella untuk pentas ini.
Bangs. Tidak seperti pentas lain yang sering “berseni” dalam mencipta gaya rambut, look di Versace kali ini pada kami lebih realistik. Tampil dengan gaya rambut slick, bangs pendek disisir tepi dan kemudian diikat ponytail menjadi pilihan Versace musim ini.
Kata Guido Palau, Penata Gaya Rambut pentas Versace musim ini, mereka lebih fokus pada grooming berbanding glamor.
Kami faham yang Donatella mahukan look ala-ala boyish untuk pentas ini.
Dan daripada situ, Palau sudah tahu apa yang diinginkan dan hanya fokus pada satu gaya sahaja iaitu gaya rambut sisir tepi. Tidak kira, baik model itu memiliki rambut panjang mahupun pendek, kesemuanya punya fokus yang sama, slick side part kemudian dipadan bersama bangs. Bukan sebarang bangs, pada kami, bangs idea Palau ini nampak cukup maskulin.
Adakah bangs bakal kembali menjadi trend rambut 2020? Apa kata kamu!
Apa pandangan anda?