Posted on February 25, 2021
Proses pengelupasan kulit amat penting untuk mendapatkan kulit sihat berseri. Dalam usaha mencari jalan terbaik untuk ini, asid salicylic antara bahan penting untuk kamu fahami. Saya rencanakan semua yang kamu perlu tahu tentangnya.
Seringkali kita dengar bahawa untuk memerangi jerawat, kita perlu menggunakan produk yang mengandungi asid salicylic. Begitu juga halnya kalau mahu membuang sel kulit mati. Asid salicylic dikatakan bagus untuk menanggalkan lapisan sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit sihat dan berseri. Saya juga pasti kalau kamu menyapu produk yang mengandungi asid salicylic pada jerawat sebelum tidur, esok pagi jerawat itu pasti kecut dan hati pun lekas menjadi lega.
Nah begitulah sifat semulajadi asid salicylic. Selain untuk jerawat dan pengelupasan kulit (yang mana saya rasa begitu am fungsinya), apa kata kita fahami apa sebenarnya asid salicylic ini dan apa fungsinya pada kulit?
Apa itu asid salicylic?
Baiklah masri kita fahami apa itu asid salicylic. Ia sedikit complicated tetapi memahami struktur asid salicylic akan membuatkan kamu lebih memahaminya. Bercakap tentang produk penjagaan kulit, ada dua jenis asid yang sering digunakan: beta hydroxy acids (BHAs) dan alpha hydroxy acids (AHAs).
“Asid salicylic tergolong dalam kategori beta hydroxy acid,” kata ahli kimia kosmetik Randy Shueller. “Ini bermakna bahagian hidroksi molekulnya berasing dengan bahagian asid dengan dua atom karbon, berbanding dengan alpha hydroxy acid yang berasing dengan satu atom karbon.”
Asid salicylic diekstrak daripada kulit pokok willow kata ahli kimia kosmetik Ron Robinson dan ia terdiri dalam kelas kandungan salicylates. “Struktur ini penting kerana ia membuat asid salicylic larut minyak dan boleh meresap ke dalam pori kulit,” kata Schueller.
Kedua-dua alpha dan beta hydroxy acids mengelupaskan kulit tetapi AHAs larut air manakala BHAs larut minyak, terang dermatologis New York, Sejal Shah. Contoh AHAs termasuklah asid glikolik dan laktik. “Secara am, kandungan larut minyak boleh meresap ke dalam lapisan lipid di antara sel kulit secara mudah,” terang Shah. Bermakna kandungan larut minyak lebih senang meresap berbanding kandungan larut air.
Robinson pula menyimpulkan, “AHAs lebih mudah bekerja di atas permukaan kulit untuk menanggalkan sel kulit mati dan memunculkan lapisan kulit baru. Asid salicylic pula bekerja lebih jauh ke dalam pori untuk membersihkannya.”
Apa yang asid salicylic buat pada kulit?
Kerana sifat semulajadi asid salicylic yang boleh menembus jauh ke dalam kulit, ia menjadi agen penting dalam produk penjagaan kulit menumpu kepada jerawat – terutamanya blackheads dan whiteheads.
Setelah ia meresap ke dalam kulit, ia akan memecahkan debu kulit yang menyumbat pori, bertindak sebagai anti-radang dan membantu menghilangkan jerawat merah meradang dan nanah di dalamnya dengan lebih cepat.
Ia juga boleh meresap jauh ke dalam kulit untuk memutuskan hubungan antara sel kulit. Menurut Schueller, “Setelah ia meresap ke dalam kulit, bahagian asid molekul akan memutuskan ‘gam’ antara sel yang memegang sel kulit bersama.”
Asid salicylic juga agen pengelupasan kulit
Pemutusan sel kulit ini juga membantu pengelupasan kulit. Asid salicylic dianggap ubat keratolytic, yang mana sempurna untuk pengelupasan. “Ubat keratolytic boleh menyebabkan lapisan paling atas sel kulit melembut dan menanggal,” kata Rachel Nazarian, dermotolis di New York.
Asid salicylic juga memutuskan desmosomes (penghubung antara sel di permukaan luar kulit. “Aksi desmolytic ini menggalakkan pengelupasan kulit dan membersihkan pori,” kata Sue Ann Wee, dermatologis New York.
Asid salicylic bagus untuk menghapuskan blackheads dan whiteheads
Kata Schueller ada tiga faktor yang menyumbang kepada pembentukan jerawat. Pengelupasan kulit yang tak terancang, lebihan minyak dan bakteria jerawat. “Asid salicylic membantu faktor pertama kerana ia membantu membersihkan debu yang menyumbat pori dan menyebabkan jerawat,” katanya.
Maka jenis jerawat yang boleh dirawat dengan asid salicylic. Ia juga bagus untuk menentang jerawat bernanah kerana fungsi antibakterianya.
Siapa yang tidak boleh menggunakan asid salicylic?
Penggunaan asid salicylic melampau akan menyebabkan masalah. Antaranya ialah ia boleh meradangkan dan mengeringkan kulit terutamanya yang sensitif dan penggunaan terlalu banyak.
Jadi untuk kamu yang berkulit kering, cuba elakkan terus. Kamu yang mengandung atau mengambil ubat untuk mencairkan darah juga tidak sesuai menggunakan asid salicylic. Menggunakan asid salicylic pada banyak bahagian tubuh juga boleh menyebabkan keracunan asid ini. Jadi tumpukan pada bahagian berjerawat sahaja.
Bonus: Asid salicylic acid juga membantu menghilangkan kelemumur
Kata pakar, asid salicylic juga bukan hanya untuk jerawat. “Pada kadar rendah, asid ini juga boleh membantu proses pengelupasan seperti kelemumur dan seborrheic dermatitis yang disebabkan oleh kadar perlahan proses pengelupasan kulit,” kata Schueller.
Apa pandangan anda?