Posted on January 3, 2020
Banyak cara sebenarnya untuk kamu buat solekan wajah kamu nampak berbeza dan lebih cantik. Antaranya solekan eyeliner atau penggaris mata. Namun ramai antara kita lebih selesa mengenakan penggaris mata rona hitam. Tahukah kamu penggaris mata berwarna mampu memberikan solekan mata kamu tampak lebih menarik? Kami kongsi tip cantik layang penggaris mata berwarna ini.
Sarung di garis mata atas mahupun garis mata bawah, ia serta-merta mampu mengubah look biasa kamu kepada yang lebih luar biasa. Dan sebenarnya ada pelbagai cara untuk kamu layangkan penggaris mata ini berwarna ini. Daripada yang jenis kusam hinggalah ke kemilau metalik.
Jika kamu seorang peminat pembayang mata jenis metalik atau kemilau, apa kata kamu gantikan dengan penggaris mata jenis yang sama juga. Lebih cantik dan penuh statement!
Takut hendak mencuba penggaris mata neon. Gayakan minimal seperti ini. pastikan solekan wajah mulus tanpa sebarang warna. Jadikan penggaris mata neon ini sebagai fokus kepada solekan kamu. Hendak tampak lebih cantik, layangkan maskara jenis volum untuk memberi efek mata kamu tampak lebih besar.
Orange is the new black! Bosan dengan rona hitam sahaja? Tambahkan layangan rona oren untuk memberi kelainan. Boleh dijadikan solekan harian juga atau jika ke festival muzik!
Siapa kata monolid tidak boleh mengenakan penggaris mata. Gayakan seperti ini! Look at the details! Mainan rona kuning sebagai efek highlight pada bahagian dalam bucu mata. #STAILLAVVV
Siapa kata ini hanya sesuai sebagai look editorial. Ubah persepsi kamu itu. Gantikan penggaris mata rona hitam kamu itu dengan warna yang lebih bold seperti merah ini. dan kemudian gayakan seperti cat eye. Percayalah, ia buat solekan kamu lebih segar.
Sempena tahun baru ini, apa kata kamu cipta atau gayakan solekan wajah yang lebih fresh untuk diri kamu sendiri. Tidaklah nampak sama sahaja seperti tahun lalu. Yang penting, kena berani!
Apa pandangan anda?