Posted on December 22, 2021
Lewat kebelakangan ini beberapa selebriti lelaki dilihat mengeluarkan produk kecantikan sendiri. Contoh terdekat ialah Pharrell Williams dan Harry Styles. Apakah mereka ini belajar daripada selebriti wanita yang sejak zaman berzaman menghasilkan produk kecantikan mereka menggunakan populariti untuk melakukan jualan produk? Apakah produk kecantikan selebriti lelaki ini berkesan, menggalakkan persaingan atau sekadar safety net atau peluang buat duit semata-mata?
Tapi jika dilihat dua selebriti lelaki ini – Williams dan Styles, mengeluarkan produk kecantikan yang agak umum yakni skincare, sabun mandi dan pewarna kuku setakat ini. Jadi ia bukanlah produk kecantikan ekstensif sehingga produk solekan dan penjagaan rambut misalnya. Kedua-duanya juga mengeluarkan produk yang asas, yang sememangnya diperlukan oleh semua konsumer, dalam hal ini – terutamanya peminat mereka.
Produk Kecantikan Selebriti Lelaki
Williams melancarkan jenama Humanrace sejak November 2020 lagi, sedang dalam waktu pandemik. Dalam sesi zoom bersama media dari dapur kediaman mewahnya (antaranya ialah Allure), dia menyatakan,
Sometimes you need to cleanse your spirit. Sometimes you just need to cleanse your mind. Sometimes you’ve just got to get rid of some dead skin. Pharrell Williams
Rupa-rupanya tiga produk pertama yang dilancarkan Williams ialah pembersih muka, exfoliant dan krim pelembap. Saya pula baru perasan tentang kehadiran produk kecantikan selebriti lelaku Humanrace ini setelah melihat Williams mempromosikan sabun mandinya. Dia pula sememangnya amat mementingkan penjagaan kulit sejak dari usia 20-an lagi. Jika tidak masakan rupanya masih kekal remaja walaupun usianya sudah menginjak 48 tahun ini.
Dia kemudian berbincang dengan dermatologisnya, Elena Jones untuk mengeluarkan produk kecantikannya sendiri. Katanya,
“What struck me most about my first meeting with him was how committed to his skin and health he was at his age.
Jones menyambung, “Dia mahukan satu rutin yang boleh diikuti, dan dia mahu dedikasi dengan rejim penjagaan kulit.” Ya, kedengaran seperti lelaki sejati yang sukakan rutin dan mahukan komitmen yang boleh diikuti setiap hari. Besar kemungkinan juga, Williams memikirkan jika dia mahu mengeluarkan produk kecantikan sendiri, ia haruslah benar-benar sesuatu yang dia sendiri akan gunakan dan selesa.
Pleasing – Hadir Sekali Dengan Artikel Dazed
Genap setahun selepas Williams melancarkan Humanrace, Harry Styles muncul pula dengan produk kecantikan selebriti lelaki nya, Pleasing. Ia bermula dengan gambar-gambar yang dirakam Styles untuk Dazed. Seiring dengan gambar-gambar dan artikel di Dazed, Styles turut melancarkan dan mengumumkan pelancaran pewarna kuku, antara produk pertama Pleasing yang digunakan untuk penggambaran Dazed.
Pleasing tidak hanya menumpu kepada produk kecantikan semata-mata sebaliknya menurut Styles, ia adalah jenama ‘life’ yang akan meliputi semua aspek kehidupan manusia. Setelah melihat laman web Pleasing, mereka juga sudah ada bahagian ‘Apparel’ di dalam situ.
I wanted to find a way to explore more ideas and have more opportunities to collaborate with people who were inspiring me; that’s how Pleasing was born. Harry Styles
Bermakna, selepas ini Styles mungkin akan bekerjasama dengan banyak lagi insan seni lain dalam membangunkan produk-produk gaya hidup yang boleh dipasarkan. Dia bijak kerana dia tahu, namanya sudah menjadi household brand maka mudah untuk dia menggunakan jenamanya ini untuk menjual apa poduk sekali pun.
Tentang pewarna kuku Pleasing yang dilancarkan, ia sememangnya sudah menjadi signature Styles yang sering tampil mengenakan pewarna kuku. Penjenamaan ini sudah heboh di serata dunia. Maka Styles hanya menggunakan peluang ini untuk melancarkan koleksi pewarna kukunya sendiri (yang saya pasti terjual banyak di seluruh dunia). Selain itu, sekaligus dengan pelancaran pewarna kuku ini, Pleasing turut ada Pearlescent Illuminating Serum dan Pleasing Pen, serum khas untuk mata dan bibir (lengkap dengan rollerball).
Produk Kecantikan Selebriti Lelaki – Safety Net/ Peluang Buat Duit?
Saya tak rasa mereka perlukan duit lagi dengan kerjaya mereka (dalam kes ini Williams dan Styles) yang memuncak. Mereka memiliki kehidupan yang sudah cukup selesa (malah mewah) sebenarnya. Apa yang dapat saya teka ialah mereka cuba menggunakan nama mereka yang sudah masyhur untuk membina perniagaan lain selain daripada kerjaya yang sudah mereka miliki. Mungkin juga mereka mahu mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat dengan membina perniagaan sampingan ini.
Dan dalam masa sama jika mereka dapat buat duit melalui usaha mereka ini, itu dianggap sebagai satu bonus kepada mereka. Mungkin juga seperti dalam kes Rihanna, apabila perniagaan yang dicipta boleh menjana cukup pendapatan untuk melangsungkan kehidupan mewah mereka, tak perlu lagi bersusah payah mencipta lagu dan buat tour untuk menjana pendapatan. Cukup sekadar buat produk kecantikan baru, video tutorial dan video viral, wang masuk mencurah-curah selepas itu. Jadi dalam hal ini, peluang buat duit nampaknya sebab paling tepat menjawab persoalan mengapa produk kecantikan selebriti lelaki tercipta.
Apa pandangan anda?