Posted on September 22, 2020
Baru-baru ini jenama penjagaan rambut nombor satu Jepun, Pantene melancarkan set rejim kecantikan pertama mereka yang diberi nama Pantene Miracles. Set lengkap dari syampu hingga ke pupur malam ini sesuai buat kamu yang senantiasa sibuk dan pada masa yang sama masih tidak berani untuk berkunjung ke salun rambut lebih-lebih lagi di kala pandemik COVID-19 ini. Jenama Pantene cukup dekat di hati saya, memandangkan ia antara syampu kegemaran saya sedari kecil. Dan apabila kini mereka cipta set lengkap untuk penjagaan rambut, membuatkan saya lebih teruja. Mari saya kongsikan lebih lanjut tentang keistimewaan set Pantene Miracles ini.
Walau bergelar editor kecantikan, saya bukanlah seorang yang “rajin” berkunjung ke salun rambut. Rejim penjagaan rambut pun banyak diluangkan di rumah. Seperti yang saya katakan tadi, lagi-lagi dalam situasi sekarang ini yang mana menyarankan kita lebih berada di rumah berbanding di luar, membuatkan banyak aktiviti manjaan diri yang saya rancang seperti ke spa harus saya bantutkan. Ya lah, hendak tak hendak, kita harus akur dengan gaya hidup baru ini.
Bahkan, di saat-saat genting ini, perbelanjaan bulanan juga harus dikawal. Dengan adanya set Pantene Miracles yang serba berpatutan ini, sudah cukup banyak membantu mengawal struktur perbelanjaan bulanan saya. Malah, duduk di rumah, masa yang diluang juga bergantung pada kita dan tidak perlu tergesa-gesa. Jadi, untuk melakukan rejim penuh penjagaan rambut ini, saya boleh lakukan sambil-sambil menonton televisyen atau juga membuat kerja di rumah. Senangnya hidup ini, bukan?
KAMU HARUS MILIKI PANTENE MIRACLE
Di dalam set Pantene Miracles ini mengandungi syampu, perapi, serum dwi-aktif, penyempur rambut serta esen pupur malam. Terdapat dua jenis syampu dan perapi iaitu Rich Moisture dan Crystal Smooth yang boleh kamu cuba. Kedua-dua ini membantu merawat rambut rosak serta mengembalikan lembapan dan sinar sihat pada rambut. Manakala manfaat utama set Pantene Miracle ini ialah untuk memberikan hasil rambut sihat dan lembut bak kain kashmir. Dengan adanya formulasi hebat seperti 10 kali ganda kehebatan teknologi Pro-V dan esen premium “Liposhot” membuatkan rangkaian ini antara rangkaian terbaik dalam merawat rambut kering dan rosak.
CERITERA SEJARAH PENEMUAN PRO-V MAKMAL PANTENE
Kisah bermula pada 1940-an di mana ketika itu secara tidak sengaja penemuan ini dibuat oleh doktor dari Switzerland. Ketika itu doktor ini sedang melakukan kajian terhadap suatu produk baharu dalam merawat kecederaan kulit. Rawatan itu berfungsi untuk menjana semula tisu kulit. Suatu keajaiban terjadi di mana mereka melihat kesan sampingan baik berlaku pada rambut. Mereka terkejut dengan kehebatan ujikaji mereka yang mana membantu membuatkan rambut menjadi lebih kuat dan lebat. Itulah dia keajaiban yang berlaku pada formula Pro-Vitamin B5.
Pro-Vitamin B5 ini menjadi bualan ramai di era itu dan akibat daripada permintaan yang bertalu-talu memberi inspirasi kepada penciptaan Pantene. Justeru, Institut Vitamin Switzerland mengiktiraf sijil Formula Pro-Vitamin B5 kepada Pantene. Sehingga kini, hampir 70 tahun, formula unik ini menjadi formula signatur di dalam setiap pembikanan produk Pantene.
Dan berita gembira buat penggemar produk Pantene, istimewa untuk pelancaran ini, Pantene buat pertama kalinya berkolaborasi bersama Wunderbath, jenama sabun kecantikan lokal, dalam membina set eksklusif Gift Box untuk kamu semua! Di dalam kotak hadiah ini tersusun koleksi Pantene Miracles dan produk Wunderbath seperti Pantene Pro-V Dual-Active Oil Serum, Pantene Pro-V Miracles Vita Fushion Energy Day Mist, Pantene Pro-V Miracles Vita Fushion Replenishing Overnight Milk, Wunderbath Custom Hand Sanitizer, Wunderbath Lip Balm dan Wunderbath Scent Candle.
Pantene Pro-V Dual-Active Oil Serum 42g
Generasi terbaru serum rambut yang membantu mengembalikan sinar serta lembapan yang kekal sepanjang hari. Dwi-serum ini mengandungi konsentrasi akua dan minyak ini mengandungi kadar Pro-Vitamin B5 10 kali lebih tinggi dan pada masa sama langsung tidak meninggalkan rasa tidak selesa pada rambut pabila disapu. Hasilnya, rambut menjadi lembut dan serum ini boleh diamalkan pada bila-bila masa sahaja.
Pantene Pro-V Miracles Vita Fushion Energy Day Mist 200ml
Penyembur rambut ini mampu mengubah rambut yang kering dan menggerutu kepada rambut lembut serta memberi efek volume seperti baru keluar dari salun! Selain itu, penyembur rambut ini juga mampu melindung seriap helaian rambut daripada terkena sinaran UV penggunaan produk styling secara berlebihan. Semburkan pada rambut yang kering ataupun separa lembap selepas mandi setiap pagi sebelum keluar rumah.
Pantene Pro-V Miracles Vita Fushion Replenishing Overnight Milk 100ml
Versi pupur malam tersendiri daripada Pantene ini dicipta mewah dengan intipati serum yang dicipta khas untuk kamu yang memiliki masalah rambut kasar dan rosak. Ia mengandungi intipati formula ‘Liposhot’ yang mana ia membantu merawat rambut bercabang dan memastikan rambut rasa lembut saat bangun pagi. Cara penggunaan, picit 1-2 pam pada tapak tangan yang hangat kemudian sapukan pada rambut yang dikeringkan menggunakan tuala sebelum tidur.
Dapatkan set Pantene Miracles x Wunderbath Gift Box Set ini pada harga RM189.70 secara atas talian di laman web Watsons sekarang.
Apa pandangan anda?