Posted on April 25, 2022
Sudah terbiasa dengan rutin mencukur, waxing atau juga laser? Pernah dengar rawatan AFT atau nama penuhnya Advanced Fluorescence Technology. Menggunakan teknologi gelombang untuk menyingkirkan bulu-bulu yang tidak diingini. Langsung tidak menyakitkan. Paling menarik, rawatan ini hanya mengambil masa kurang 1 jam. Saya dijemput STRIP untuk mencuba rawatan ini.
Tiada tempat lain yang saya kunjung melainkan STRIP. Di sini bukan sekadar layanannya hebat, malah kamu akan berasa selesa setiap kali melalukan rawatan di sini. Pada mulanya saya berasa sedikit bimbang memikirkan tentang keselamatan dan kebersihan memandangkan sekarang ini kita hidup di norma yang baharu bersama virus Corona. Namun, saat tiba, saya agak kagum, kerana segalanya dijaga rapi serta mengikut setiap langkah SOP. Hati terus tidak gusar lagi.
Rawatan AFT di STRIP adalah suatu rawatan berteknologi revolusioner yang paling unggul sekali. Ini kerana ia adalah idea inovasi hasil perkongsian eksklusif fi antara STRIP dan Pasukan Klinikal ALMA Laser. Ia menggunakan cahaya pada taraf gelombang yang ditentukan dan dikhusukan untuk STRIP. Boleh dikatakan keberkesanan dan keselesaan adalah kelebihan utama jika kamu mencuba AFT di STRIP.
Mereka memastikan gelombang cahaya tersebut sampai walau pada jarak sempit serta mengagihkan tenaga yang sama rata dan tepat. Bukan itu sahaja, sistem penyejukan turut dibina bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman rawatan yang selesa dan tidak menyakitkan. Mereka menggunakan aplikator kristal berukuran 5cm yang mana sememangnya lebih baik berbanding aplikator berukuran 3cm yang digunakan pada rawatan penyingkiran bulu IPL.
Sudah seminggu setelah saya mendapatkan rawatan AFT ini. Paling mengejutkan saya apabila mendapati bulu-bulu yang baru tumbuh, gugur dengan sendirinya. Itulah kehebatan rawatan ini. Hasilnya kamu akan dapat lihat selepas seminggu di mana waktu itu bulu mula tumbuh. Dan keajaiban berlaku waktu itu. Kini, kulit saya licin dan bulu yang tumbuh lebih halus.
Berita gembira! Khas buat wanita dan lelaki yang belum pernah mencuba rawatan AFT ini, STRIP sedang menjalani promosi sehingga 30 April 2022.
Promosi ini boleh didapati di semua cawangan STRIP di seluruh Malaysia:
AFT Bawah Lengan untuk wanita dan lelaki pada harga RM68 dan RM88 masing-masing
(Harga Biasa: RM450 / RM585)
AFT Brazilian pada harga RM188 dan AFT Boyzilian pada harga RM288
(Harga Biasa: RM900 / RM1,170)
AFT Separuh Kaki Bahagian Bawah untuk wanita dan lelaki pada harga RM288 dan RM388 masing-masing
(Harga Biasa: RM900 / RM1,170)
Untuk hasil yang lebih baik, kamu disarankan untuk melalukan rawatan ini sebanyak enam sesi pada selang waktu selama empat hingga enam minggu antara setiap sesi. Tempah temujanji kamu melalui talian 03-22016310/6311 atau WhatsApp 012-9286310 sekarang!
Apa pandangan anda?