Selalu kita dengar akan kebaikan retinol kepada kulit wajah, lagi-lagi buat kamu yang sudah menginjak usia 20-an dimana rata-rata skincare experts menyarankan pengunaan retinol bagi melawan tanda penuaan.
Sebagai wanita pastinya kita teruja untuk level-up our skincare routine dengan mencuba produk yang disarankan pakar kan? Namun, dalam hendak mencuba pastikan kamu tahu akan dos and don’ts penggunaan retinol terlebih dahulu.
Jangan skip suncreen!
Retinol yang merupakan bahan aktif daripada vitamin A bukan sahaja bertindak sebagai agen anti-penuaan. Malah, ia juga dikhabarkan baik untuk merawat jerawat dan memperbaiki tesktur kulit.
Namun jika pemakaian retinol tidak diikuti dengan penggunaan suncreen pada siang hari, ia hanya bakal mengundang masalah yang lebih serius kepada kulit kamu.
Mengapa? ini adalah kerana retinol membantu mempercepatkan penghasilan kulit baru menjadikan ia lebih sensitif kepada matahari hingga boleh menyebabkan kulit mudah merah dan terbakar.
Gunakan pelembap wajah
Meskipun tanpa retinol, kamu tidak boleh sama sekali culas akan pemakaian pelembap wajah. Tidak kiralah kamu mempunyai kulit kuring atau cenderung berminyak.
Apatah lagi jika kamu sudah menerapkan penggunaan retinol dalam skincare regime kamu kerana pengunaan retinol akan menjadikan kulit kamu lebih kering.
Jadi, you have to step-up your hydration game. Gunakan produk yang mampu menghidratkan kulit seperti hydrating essence dan serum kemudian keringkan wajah dan diikuti dengan pemakaian retinol dengan pelembab (boleh juga lakukan sandwich method untuk kulit yang sensitif).
Pea-sized dah cukup
Tak perlu gunakan retinol dalam kuantiti yang banyak, hanya pea-sized dah cukup. Untuk kamu yang baru henda berjinak-jinak dengan retinol, cuba dulu untuk gunakan bahan aktif ini sekali dalam seminggu.
Jika tidak terjadi sebarang iritasi pada kulit, barulah kamu boleh tingkatkan penggunaan secara beransur-ansur.
Apa pandangan anda?