Posted on July 8, 2020
Jika kamu tanya saya, bahagian wajah mana yang saya paling titik berat kala bersolek? Jawapan saya, kening. Percaya atau tidak, jika kening kamu kemas dan bersiap, ia menyumbang kepada perubahan wajah yang ketara. Maka, disebabkan itu, saya langsung tidak boleh meninggalkan rutin ini. Ia secara tidak langsung memberikan lagi definisi kepada bentuk wajah saya yang sememangnya bulat ini. Namun, ada tak di kalangan kamu yang pernah mengalami masalah jerawat tumbuh di kawasan kening? Saya juga pernah mengalaminya. Mari saya kongsikan antara sebab mengapa kening sering ditumbuhi jerawat ini.
Ada banyak punca yang boleh menjadi penyebab kepada masalah breakout ini. Kamu mungkin menyalahkan teknik kamu mencabut bulu kening, sama ada melalui teknik tweezing, wax ataupun cukur. Akan tetapi tahukah kamu, produk mekap yang kamu gunakan juga antara penyumbang besar masalah ini?
Ya benar. JIka kamu hendak tahu, produk seperti gel kening antara penyumbang besar liang pori tersumbat. Apabila tersumbat, liang pori tadi akan menghasilkan bintik-bintik hitam (blackheads). Menurut Dr. Sabrina Shah Desai, Pakar Mata & Oculoplastic di Amerika menerusi temubual bersama Glamour,
Kandungan di dalam gel kening ini biasanya antara yang menjadi penyumbang kepada jerawat. Ini termasuk bahan seperti silikon, dimethicone dan timethicone serta petroleum. Saya cadangkan selepas ini kamu pilih produk jenis pensel atau yang berasaskan bedak, kerana ia tidak memiliki bahan-bahan tersembunyi seperti di dalam formulasi jenis gel.
Bukan itu sahaja, jika kamu tidak mencuci wajah dengan betul pun boleh menjadi penyebab kepada masalah ini. Pastikan wajah kamu bebas mekap sebelum tidur. Pilihlah pencuci wajah yang mengandungi asid salisilik (gunakan sebelah pagi) dan retinol (gunakan pada sebelah malam). Bukan sahaja membantu mengurangkan masalah kulit, bahan-bahan ini juga membantu mengurangkan tanda penuaan serta menyekatakan tona kulit dengan lebih baik.
Jangan risau, masalah jerawat di bahagian kening ini boleh dirawat. Yang penting, kamu kaji punca breakouts ini terjadi. Adakah ia berlaku hanya apabila selepas kamu mencabut bulu kening, atau ia terjadi setiap hari. Jika sering terjadi, mungkin kamu harus mengkaji semula produk kening yang kamu gunakan. Namun, jika ia berlarutan dan menjadi lebih teruk, berjumpalah pakar dermatologi dan dapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
Apa pandangan anda?