Posted on May 27, 2020
Saya sememangnya seorang pencinta pupur. Kalau lihat di rumah, stok pupur memang tidak akan pernah habis. Mengapa saya gemar berpupur? Ini kerana saya tahu akan kebaikan dan manfaatnya buat kulit wajah. Cuma yang menjadi payah pada diri, apabila setiap kali menyarung pupur, saya harus tunggu 15-20 minit barulah boleh saya meneruskan rutin seterusnya. Sebulan yang lalu, saya diperkenalkan dengan UFO by Foreo Sweden. Alat peranti kecantikan yang menjadi bualan hangat di kalangan guru kecantikan.
Pada mulanya, saya agak sangsi tentang kehebatan alat peranti ini. Ini kerana berdasarkan bentuknya, dan saiz pupur kertas yang boleh dimuatkan pada alat ini agak kecil. Jadi dalam hati saya bertanya, “biar betul?”
Belum cuba, belum tahu. Betullah kata pepatah Melayu ini. Saat pertama kali saya mencubanya, saya jatuh cinta serta-merta.
Apakah Keistimewaan UFO by Foreo Sweden ini?
Pernah dengar terma smart-masking? Itu apa yang boleh saya rumuskan tentang UFO. Pupur yang hanya mengambil masa selama 90 saat rawatan untuk satu sesi penggunaan ini cukup menjimatkan masa namun memberi impak yang paling optima pada kulit wajah.
Mengapa saya kata impak paling optima pada kulit wajah? Ini kerana di dalam alat peranti ini, tersedia beberapa manfaat yang tidak mungkin dapat kita peroleh daripada alat peranti yang lain. Antara manfaatnya ialah:
1) Serapan yang lebih baik
Pupur yang telah diformulakan dengan serum khas dapat diserap dengan baik melalui UFO ini. Dengan bantuan teknologi yang terkandung di dalam UFO, ia membantu serapan pupur lebih baik ke lapisan yang paling dalam kulit.
2) Hasil kulit wajah muda remaja
Alat peranti ini membantu pupur berfungsi dengan lebih baik lagi di mana ia mampu mengunci lembapan pada kulit wajah agar kekal terhidrat di samping mengurangkan kemunculan liang pori ketara.
3) Efek manja kulit
Bukan sekadar memupur, malah UFO ini turut bertindak mengurut wajah serta memberi efek menenangkan saat kamu menggunakannya.
4) Bahan serum pupur dapat disapu sama rata pada kulit wajah
UFO ternyata lebih konvensional berbanding pupur tradisional. Ini kerana alat peranti ini mampu bergerak pada setiap inci serta sudut wajah. Maka, boleh saya katakan bahan yang terkandung di dalam serum pupur khas ini dapat disapu rata pada kulit wajah. Jadi, pada masa sama setiap manfaat pupur itu dapat dirasai oleh kawasan kulit yang terlindung. Dan untuk pengetahuan kamu juga, pupur khas UFO yang diberi nama UFO-Activated Masks ini hasil ciptaan teknologi Korea, yang mana kita tahu sememangnya Korea adalah syurga pupur. Bukan itu sahaja, pupur ini diperbuat daripada fiber mikro lembut yang cukup selesa apabila dilalukan pada kulit wajah
Paling penting sekali, yang membuatkan alat peranti ini menjadi antara produk cantik harus kamu miliki ialah kerana teknologi pembikinannya. Dicipta menerusi Complete Mask Treatment Hyper-Infusion Technology yang mana menggabungkan tiga elemen iaitu, proses memanas, menyejuk serta punat denyutan T-Sonic.
Proses memanas dicipta menerusi Thermo-Therapy Mode di mana fungsinya ialah membantu menyediakan kulit serta menyerikan lagi kulit menerusi pupur khas iaitu UFO Power Activated Mask. Manakala proses menyejuk pula dihasilkan menerusi Cryo-Therapy yang membantu menyegarkan serta menegang dan mengangkat kulit secara serta-merta untuk mengurangkan efek wajah sembam. Dan pada masa sama, mengecutkan kemunculan liang pori ketara.
Manakala denyutan T-Sonic pula membantu merangsang peredaran mikro darah dan dan dalam masa sama memberi hasil serapan pupur lebih bagus.
Bukan itu sahaja, UFO turut menyediakan terapi cahaya LED di mana ia berkongsi tiga jenis cahaya berbeza iaitu merah, hijau dan biru. Fungsi terapi cahaya LED ini ialah ia menyasar bahagian foto wajah dalam merawat kulit menua.
REVIU SAYA SELEPAS SEBULAN MENGGUNAKAN UFO BY FOREO SWEDEN
Boleh saya katakan, UFO ini sememangnya menjimatkan masa saya. Manfaat alat peranti dan pupur khas UFO ini dapat saya rasakan pada kulit wajah. Tidak perlu tunggu hingga sebulan. Dalam masa seminggu, hasilnya sudah dapat saya lihat. Ternyata, liang pori yang selama ini amat ketara, akhirnya sedikit demi sedikit semakin beransur kurang. Tip saya, gunakan UFO sebelum mula bersolek. Saya janji solekan kamu akan nampak mulus (seolah tidak perlu sapu sebarang primer).
Begitu juga jika pada hari tertentu saya ingin membiarkan wajah saya bebas daripada solekan namun masih mahu wajah tampak segar dan sihat. Saya hanya perlukan UFO dan ternyata wajah akan menjadi serta-merta segar selepas menggunakan alat peranti ini. Saya juga seorang yang suka mengembara, jadi UFO ini bakal menjadi salah-satu produk essential yang harus saya bawa ke mana sahaja saya pergi. Ini kerana saiznya yang cukup kecil, ringan serta mudah dibawa di dalam tas tangan saya.
Buat kamu yang ingin mendapatkan UFO by Foreo Sweden ini, bolehlah lawati di sini. Sesungguhnya, ini adalah item cantik yang harus dimiliki setiap penggemar kecantikan.
Ada berita menarik buat pembaca STAIL.MY, #stailmygiveaway is back! Kamu berpeluang untuk memenangi 1x UFO by Foreo Sweden ini. Mudah sahaja, jawab soalan di bawah dan jangan lupa untuk melawat Instagram kami untuk maklumat lanjut. Good luck!
Amirah
June 3, 2020omg i really hope i will win, ive submitted my answers! pls choose me 🙂 i have been wanting this product but its quite pricey and i have never won anything in my whole life, hoping it will be my luck this time. <3 xx