Posted on November 22, 2023
Minggu lalu kami berpeluang untuk mengunjungi Ambassade Biologique Recherche yang terletak di Starhill Kuala Lumpur. Kami ke sini bersama salah seorang Fresh Face 2024 kami, Cahaya Nilam. Cahaya ditawarkan pengalaman ekslusif bagi mengikuti rawatan yang disesuaikan khusus mengikut keperluan kulitnya pada ketika itu.
Ambassade Biologique Recherche berada di level UG, lot UG19, UG20 dan UG21. Suasana di sini saya gambarkan sebagai sangat tenang dan mewah. Kami diberitahu, ini merupakan satu-satunya Ambassade di Malaysia dan ia direka mengikut original flagship spa di Champs-Elysées, Paris.
Sebaik sahaja melangkah masuk, Cahaya disambut mesra kakitangan di sini dan diberi penjelasan mengenai kepelbagaian rawatan untuk rambut, wajah dan muka yang mereka tawarkan. Selang beberapa mini, Cahaya kemudiannya dibawa ke bilik konsultasi bagi memulakan proses analisis kulit.
Di Biologique Recherche mereka menitik beratkan keperluan kulit pelanggan yang berbeza-beza. Jadi, setiap pelanggan wajib untuk melakukan analisis kulit bagi mengetahui keperluan kulit mereka. Berbicara tentang keperluan, tidak ramai yang sedar sebenarnya kulit kita memerlukan penjagaan dan rawatan yang berlainan pada waktu yang berbeza.
Oleh itu, di sini mereka tidak menawarkan pakej untuk rawatan yang sama berulang kali. Sebaliknya, ahli terapi mereka akan membantu pelanggan untuk mengenal pasti keperluan kulit masing-masing setiap kali berkunjung ke sini. Ini kerana, mereka percaya ‘human touch’ dan konsistensi dalam merawat kulit adalah penting demi mencapai kulit yang lebih sihat dan berseri.
Rawatan ekslusif disesuaikan mengikut keperluan kulit Cahaya
Rawatan untuk Cahaya dianggarkan akan berlansung selama 90 minit, ia dimulakan dengan langkah penjagaan epidermis yakni bahagian paling penting pada kulit yang bertindak melindungi kulit daripada sebarang kotoran.
Proses ini dijalankan mengikut langkah dibawah:
• Membersihkan kulit dengan mendalam menggunakan teknik urutan.
• Kemudian diikuti dengan pemakaian losyen P50, salah satu produk ikonik Biologique Recherche.
Rawatan diteruskan lagi dengan menyasarkan setiap isu pada kulit Cahaya dan merawatnya secara lebih mendalam. Peringkat ini menggabungkan penggunaan produk dengan konsentrasi bahan aktif lebih tinggi untuk ‘memperbaiki semula’ epidermis sekaligus meningkatkan potensi pertumbuhan kulit yang lebih sihat.
Susunan rawatan dan turutan produk yang digunakan ditetapkan mengikut metodologi Biologique Recherche agar ia dapat mengimbangkan, menghidrat dan menghidupkan semula epidermis selari dengan keperluan kulit Cahaya. Bahan aktif di dalam setiap produk pula memastikan kualiti kulit dapat dipertingkatkan.
Rahsia kecantikan wanita Perancis
Sementara menunggu Cahaya menjalani rawatan, kami berpeluang untuk menemu ramah Dr Zeng Zhou Tan, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Biologique Recherche. Menurutnya, jenama yang mula diasakan sekitar 1970an ini diusahakan oleh pasangan Perancis, Yvan Allouche, seorang ahli biologi dan isterinya, Josette Allouche, ahli fisioterapi.
Mengetengahkan pendekatan perubatan bersama metodologi Perancis, mereka mengutamakan teknik urutan seperti lymphatic drainage untuk memanipulasi otot muka tanpa sebarang proses ekstraksi. Penggunaan mesin estetik di sini juga adalah sangat minimal, di mana mereka hanya menggunakan mesin dengan frekuensi radio untuk menguatkan otot dan meransang peredaran darah,
Tambahnya lagi, kalainan inilah yang menjadikan metodologi kecantikan Perancis lebih unik dan mempunyai nilai tersendiri.
“Teknik urutan Ambassade Biologique Recherche direka khas oleh Josette Allouche, beliau yang berpengalaman sebagai ahli fisioterapi telah mencipta beberapa teknik urutan dengan pergerakan tertentu mengikut kesesuaian kulit individu” – Dr Zeng Zhou Tan
Saya rasa segar & kulit lebih glowing – Cahaya
Senyuman lebar menghiasi wajah Cahaya saat dia melangkah keluar dari bilik rawatan. Katanya, dia bagaikan baru terjaga daripada tidur yang panjang, badannya terasa lebih segar dan paling penting raut wajahnya lebih glowing.
Ketika ditanya tentang bahagian kegemarannya ketika rawatan, Cahaya memilih proses analisis kulit dan urutan yang menyeluruh bukan sahaja di sekitar kawasan wajah. Malah, sehingga ke belakang badan.
“Pertama sekali saya rasa proses analisis kulit yang dijalankan adalah sangat tepat dan penuh infomasi. Mereka menerangkan dengan baik tentang keperluan kulit saya dan membantu saya untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
“Urutan mereka juga sangat menyeluruh, membuatkan saya terasa lebih segar, relax dan paling seronok sekali bila saya dapat lihat perbezaan pada wajah saya yang semakin glowing.
“Saya mengaku saya tidak mengamalkan rutin penjagaan wajah yang betul sebelum ini, tapi setelah diterangkang mengenai keadaan kulit saya dan diberikan produk Biologique Recherche untuk dicuba, saya akan lebih rajin dan fokus untuk jaga kesihatan kulit selepas ini.”
Lotion p50W
Lotion P50 didatangkan dengan pelbagai variasi bagi memenuhi keperluan kulit yang berlainan. Nama produk ini adalah hasil kombinasi ‘P’ untuk peeling sementara 50 untuk dua kitaran epidermal selama 25 hari pada satu kitaran – 5o hari adalah anggaran masa yang diperlukan untuk melihat kesan lotion P50 pada kulit.
Buat Cahaya, dia disarankan untuk cuba Lotion P50W, mengikut deskripsi pada produk ia sesuai buat mereka yang mempunyai kulit wajah nipis dan reaktif.
KP50W diformulasi dengan beberapa bahan aktif seperti asid Alpha, Beta, Hydroxy berserta ekstrak tumbuhan termasuk Soapbark, Arnica dan Burdock untuk menanggalkan kulit mati serta mengembalikan keremajaan kulit.
LAIT VIP O2
Lait VIP 02 pula adalah pembersih wajah yang bertindak membersihkan kotoran termasuklah zarah-zarah kecil yang menyumbat liang pori. Ia membersih dengan mendalam dan menyingkirkan kotoran pada permukaan kulit membolehkan kulit kembali segar dan berseri.
Konsultasi bersama Biologique Recherche
Perlu diingat, Biologique Recherche menawarkan pengalaman, rawatan dan produk yang berbeza mengikut keperluan kulit. Jika kamu berminat untuk mencuba sendiri, silakan berkunjung ke Ambassade Biologique Recherche atau ikuti laman Instagram rasmi mereka di SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Apa pandangan anda?