Posted on May 29, 2020
Malam tadi berlangsung sesi borak selebriti lokal Neelofa bersama jurusolek profesional popular Lisa Eldridge di laman Instagram Lancôme. Nama Neelofa sudah tidak asing lagi di kalangan kita semua, namun yang buat kami ekstra teruja apabila Neelofa digandingkan bersama jurusolek yang pernah menyolek wajah nama-nama besar seperti Dua Lipa, Victoria Beckham, Eva Green, Keira Knightly dan ramai lagi. Dan buat pengetahuan semua, Neelofa adalah selebriti Asia pertama yang dijemput Lancôme untuk bersamano-sama di sesi live mereka. Sememangnya saya pasang penggera di telefon untuk menonton sesi live itu malam tadi ya. Ya lah, inilah masanya kita dapat korek rahsia cantik Neelofa bersama Lisa Eldridge.
Antara pengisian yang dikongsi mereka berdua sudah tentu tentang produk cantik Lancôme pilihan Neelofa. Lofa berkongsi Lancôme Clarifique Dual Essence adalah antara esen yang harus dimiliki. Katanya, di usia dia kini, ini adalah antara produk yang sememangnya essential dalam rutin kecantikan hariannya. Tambah Lofa, esen ini membantu menyekatakan tona kulitnya serta mengurangkan kemunculan liang pori yang ketara.
Eldridge juga bertanya pada Lofa tentang rutin kecantikan di rumahnya memandangkan situasi sekarang yang mana semua dinasihatkan lebih banyak duduk di rumah, jawab Lofa, dia punya lebih banyak masa untuk menjaga kulit wajah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Tambahnya, dia amat gemar memakai pupur, kadang-kala menggunakan alat peranti cahaya LED untuk wajah serta rutin minyak muka, pelembap, serum, losen badan juga tidak terkecuali.
Soal Eldridge tentang bagaimana solekan pilihan Lofa untuk pagi Raya. Kata Lofa, dia lebih selesa mengenakan solekan minimal serta berkemasan pusam. Maka, Lancôme Teint Idole Ultra Foundation adalah bedak asas nombor satu pilihan Lofa. Bukan sahaja pada sambutan Hari Raya, malah untuk sebarang majlis, bedak asas ini menjadi pilihan Lofa. Sempat Lofa bertanya kepada Eldridge, bagaimana hendak memilih bedak asas yang betul untuk tona kulit wajah seseorang.
Pastikan kamu mencubanya pada siang hari. Dan jarakkan seinci jari daripada cuping telinga pada bahagian rahang kamu, di situlah kawasan yang sesuai untuk kamu mencuba dan melihat sama ada bedak asas itu sesuai atau tidak dengan tona kulit kamu. Bahagian wajah lain kebanyakannya terdedah dengan pigmentation, namun tidak pada bahagian yang terlindung ini.
Tambah Eldridge lagi,
Saya sarankan untuk kamu mencuba bedak asas dan kemudian biarkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk ia sebati dengan kulit wajah. Pergi lah kedai kopi atau jalan-jalan sebelum kamu membuat keputusan untuk membeli sesuatu bedak asas itu. Kita harus lihat bagaimana ia bertindak balas pada kulit.
Satu lagi produk Lancôme yang menjadi pilihan Lofa serta menarik perhatian kami ialah Advanced Genifique Light Pearl yang memfokus pada perawatan mata. Kata Lofa, sebelum ini dia ambil endah tidak endah tentang penjagaan mata sehinggalah dua tahun lalu apabila dia mula sedari kepentingan penjagaan mata. Malah untuk produk ini, Lofa bukan sahaja menyarungnya pada bahagian bawah mata, dia turut menyarungnya pada bulu mata. Tip Eldridge, simpan di dalam peti sejuk untuk kesan sapuan yang lebih menyegarkan.
INI ANTARA PRODUK LANCÔME LAIN YANG MENJADI KEGEMARAN NEELOFA
Lancôme Advanced Genefique Serum
Lancôme L’Absolue Rouge 290
Lancôme Hyponôse Mascara
Apa pandangan anda?