Posted on March 4, 2020
Haji dan umrah adalah dua perkara penting dalam diri setiap umat Islam. Dan pada siapa yang mendapat panggilan daripada Allah ini sudah tentu berasa teruja dan ingin memastikan pekerjaan haji atau umrah mereka itu diterima Allah. Maka, setiap pergerakan, dokumen, kesihatan serta keselamatan harus dijaga, baik sebelum bertolak ke tanah suci mahupun setibanya kamu di situ. Namun satu perkara yang ramai kurang ambil peduli iaitu tentang kepentingan penjagaan diri sewaktu di tanah suci. Maka, di sini kami diperkenalkan dengan set kembara Tanamera ini.
Pergi mengerjakan haji dan umrah ini bukannya seperti pergi bercuti. Tidak mungkin kita ingin membawa satu beg khas untuk mengisi produk-produk penjagaan wajah sahaja. Ya lah, niat ke sana hanya satu untuk mengerjakan rukun Islam, dan setiap saat itu amat berharga dan sudah tentunya kamu hanya akan luangkan untuk menunaikan ibadah.
Namun, buat yang pernah berkunjung ke Mekah pasti sudah tahu cuaca dan iklim di negara Arab Saudi ini kadangkala boleh menjadi agak ekstrem. Sebelah siang, panas mencucuk, dan sebelah malam boleh tiba-tiba muncul angin dingin. Ini adalah apa yang diceritakan sendiri oleh pengasas produk kecantikan Tanamera kepada kami semua.
Katanya lagi, ramai yang tidak tahu, saat melakukan Tawaf, kita harus melakukan dengan berkaki ayam atau (berselipar tanpa menutup jari kaki). Dan saat itu, kata pengasas Tanamera, ramai yang mengadu kulit kaki mula mengelupas akibat berjalan di atas lantai yang panas (akibat cuaca terik). Itu yang membuatkan jenama Tanamera ini terdetik untuk mencipta sesuatu yang memudahkan buat pengunjung rumah Allah ini.
Jadi dengan itu, Tanamera memperkenalkan set kembara Haji dan Umrah yang mengandungi lima produk perlu ada untuk mempermudahkan lagi pekerjaan Haji atau Umrah kamu di sana. Lima produk tersebut ialah Tanamera Distilled Water Wudhu Spray (50ml), Tanamera Overall Cleanser For Face, Body and Hair (50g), Tanamera Nourishing Cream (50g), Tanamera Surface Sanitiser (50ml) dan Tanamera Green Kisses Lip Balm (12ml).
Set kembara ini dijual pada harga RM88 sahaja.
Apa pandangan anda?