Posted on March 16, 2021
Solekan Grammy 2021 mempamerkan permainan warna pembayang mata yang sungguh galak. Dari Dua Lipa hinggalah kepada Beyonce, pembayang mata dijadikan titik fokus. Gaya rambut pula lebih relaks menitikberatkan tekstur asal rambut selebriti.
Walaupun anugerah Grammy kali ini dilangsungkan tanpa penonton dan hadirin yang ramai seperti selalu, nampaknya trend anugerah secara virtual ini sudah semakin biasa dan diterima di kalangan selebriti antarabangsa. Begitulah situasinya semalam di anugerah Grammy yang berlangsung secara separa virtual. Pun begitu ini tidak menghalang daripada selebriti bersolek dan bersiap cantik. Kerana gambar masih kena ambil babe… akaun Instagram perlu di update, peminat masih tertunggu-tunggu apa yang mereka pakai.
Oleh itu ada beberapa penyanyi wanita yang dilihat berdandan cantik menghadiri anugerah Grammy semalam. Biarpun tak banyak mata yang melihat secara realiti tetapi mereka masih menitikberatkan konsep solekan sesuai majlis dihadiri. Kudos buat mereka. Dari gaya 80-an Doja Cat dengan potongan rambut mullet dan solekan mata smoky 80-an hingga ke H.E.R yang membawa tema 70-an dengan pembayang mata berkilau dan Dua Lipa yang mengambil inspirasi Cher dalam persalinan seksi Versace dan berambut panjang lurus – di sini kami membariskan 6 solekan Grammy 2021 pilihan kami.
1.
Doja Cat dengan tema 80-an dari gaya rambut mullet hingga ke mata smoky nya. Kalau pembayang mata itu bukan hitam, dia mungkin nampak seperti salah satu watak dalam kartun Jem & The Hologram, which is my favourite!!!!!
2.
H.E.R dengan watak hippies 70-an cantik bersolek dengan fokus diberi kepada pembayang mata. Penggunaan tiga warna berkilau pada matanya sepadan dengan baju yang dipakai. Rambutnya pula dibiar lepas menggerbang.
3.
Lizzo bermain dengan tona gangsa pada solekannya. Dari pembayang mata hingga ke bibir, ia kontras dengan warna baju hijau lime yang disarungnya.
4.
Megan Thee Stallion memilih lipliner dan bulu mata sahaja untuk solekannya. Lipliner seperti era 90-an kembali!!!!!! Gelap pada bahagian garisan dan cerah atau almost nude pada bibir. Glos ditambah untuk glamor.
5.
Solekan Cher… ehhhh salah Dua Lipa sungguh minimal sebenarnya. Tiada kemilau atau apa pun kerana helaian Versace nya sudah cukup berkilau. Pembayang mata ungu bercampur lilac sepadan dengan warna bajunya. Bibir pula disapu warna terracotta which is LOVEEEEEE.
6.
Tentu tak lengkap kalau tidak bercakap tentang solekan Queen Bey. Saya hanya mahu bercakap tentang rambut Beyonce sahaja!!! DAYUMMMMM… Dia mendandan rambut kerinting besar di anugerah Grammy kali ini. Warnanya juga sungguh cantik dan kena dengan warna kulitnya. Solekan minimal tapi perasan atau tidak sedikit sahaja penegasan lipliner diberi. Subtle but we know it’s there!!!!!
Apa pandangan anda?