Posted on November 13, 2024
Wanita STAILish hari ini tahu betapa pentingnya menjaga keseimbangan hidup, tetapi tekanan kerja dan tanggungjawab di rumah boleh menjadi beban yang melelahkan. Jika kamu seorang isteri dan ibu, dari pagi hingga ke malam ada sahaja yang perlu diuruskan. Dengan semua ini, penat, stres, dan keletihan mudah sekali menjejaskan kesejahteraan diri. Meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri, bernafas, dan berehat sebentar bukan tanda mementingkan diri, tetapi keperluan. Sebagai tulang belakang rumah tangga, kamu layak untuk dijaga dan dibelai, bukan?
Untuk itu, Spa Alleia hadir dengan konsep rawatan spa yang mesra poket untuk setiap wanita. Terletak di Ampang Galaxy, Spa Alleia menawarkan pengalaman spa yang mewah pada harga yang mampu milik – sesuai untuk wanita yang mahu kelihatan STAILlish dan merasakan rawatan yang menyegarkan tanpa perlu berbelanja besar.
Spa Alleia: Rawatan Spa Mampu Milik untuk Semua
Berkonsepkan “street spa” dengan rawatan mampu milik, Spa Alleia kini dibuka secara rasmi pada 11.11.2024. Terletak di Lot 61, Ground Floor, Ampang Galaxy, Kuala Lumpur, spa ini menawarkan pelbagai rawatan yang sempurna untuk kesegaran tubuh dan minda. Spa Alleia menyediakan rawatan urutan badan seperti Relaxing dan Traditional Massage, urutan kepala dan bahu, refleksologi, skrub kaki dan badan, mandi bunga, serta rawatan sampingan seperti resdung, ear candling, bekam angin, manicure dan pedicure.
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Ketua Wanita & AJK Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Mar Daeng Matrok, bersama Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Samarahan, YB Datuk Peter Minos, yang disaksikan oleh kenalan rapat, rakan media, blogger, dan para pelanggan. Menghargai kos kehidupan yang meningkat, Spa Alleia menawarkan rawatan dengan harga serendah RM30 sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan untuk wanita yang sesekali ingin membelai diri. “Sebagai wanita, saya faham keinginan untuk memanjakan diri,” ujar pengasas spa, Puan Sofia Ellen.
Rekaan Spa yang Selesa dan Minimalis
Spa comel ini berkonsepkan warna hijau zaitun yang mewakili elemen alam semulajadi dan organik, dengan susun atur minimalis yang kemas dan selesa. Walaupun ruangnya sederhana, ia menawarkan suasana yang cukup santai sehingga pelanggan berasa terlalu selesa untuk meninggalkannya.
Untuk tempahan, pelanggan boleh menghubungi talian 012-2788747 atau terus hadir ke spa secara walk-in, tertakluk kepada kekosongan slot. Istimewa sempena pembukaan, pelanggan juga boleh menikmati rebat RM5 bagi setiap rawatan dari 1 hingga 30 November 2024.
Inspirasi Spa Alleia
Menurut Puan Sofia Ellen, inspirasi membuka spa ini datang dari minatnya terhadap rawatan spa. Sebagai pencinta spa yang kerap meluangkan masa sebulan sekali untuk sesi rawatan, Puan Sofia melihat banyak spa di Kuala Lumpur menawarkan harga yang agak tinggi. Dari sinilah terbit hasratnya untuk membuka spa sendiri yang menawarkan harga berpatutan tetapi dengan servis yang berkualiti. “Kenapa tidak saya buka spa sendiri yang memberi peluang kepada semua wanita untuk merasa pengalaman ini?” ujar beliau.
Jadi, untuk wanita hebat di luar sana – inilah peluang anda untuk memanjakan diri di Spa Alleia!
Apa pandangan anda?