Posted on February 10, 2021
Apa yang menarik bulan ini? Jom intai produk kecantikan terbaru dan cepat kemas kini meja solek kamu! #STAILCANTIK bulan ini menampilkan pilihan produk seperti Sulwhasoo, M.A.C Cosmetics, L’Occitane dan jenama lokal bualan hangat terkini, Young & Glow.
Sulwhasoo First Care Activating Serum CNY Limited 2021 RM565/120ml
Serum wajah kegemaran kami serta wanita Korea ini kembali dengan bentuk kelalang istimewa berona merah hangat bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2021. Serum antipenuaan ikonik dengan intipati hebat ini mampu memberi hasil serapan yang mendalam untuk setiap produk yang disarung selepas menyapu serum ini di wajah. Bukan itu sahaja, ini mampu memberi merawat kulit wajah daripada dalam langsung memberikan seri semulajadi yang bersinar sihat. Kali ini Sulwhasoo menampilkan produk ini dengan bungkusan yang memberi simbol cinta, kekayaan dan kesejahteraan untuk tahun baru.
#STAILCANTIK M.A.C Cosmetics Lightful C+ Coral Grass Tinted Primer SPF45/PA++++ RM188
Ingin dapatkan kulit berseri seperti Lisa daripada kumpulan BLACKPINK? Rahsia wanita ini sudah tentu produk M.A.C Cosmetics daripada rangkaian Lightful C+. Yang penting sekali, kamu harus memiliki primer mesti milik daripada jenama ini. Memberi hasil kulit berkemilau semulajadi namun ada sedikit sentuhan warna pada primer ini yang mana bertujuan untuk mengaburi segala cela sebelum menyarung bedak asas. Bukan itu sahaja, ia turut memberi hasil lembapan optima buat kulit wajah serta menghalang pencemaran luar yang mampu merosakkan dinding kulit kamu.
L’Occitane Immortelle Reset Oil-In-Serum Edisi Terhad RM379/50ml
Tahun baru, kulit juga baru! Mempersembahkan serum ikonik L’Occitane yang turut hadir dalam bungkusan istimewa bersempena Tahun Baru Cina. Serum best-seller ini tampil dalam botol rona emas dan merah, menyemarakkan lagi meja cantik kamu. Buat yang tidak tahu tentang serum ini, ia mampu mengembalikan kesegaran kulit wajah seperti kulit baru. Bertekstur ringan gel air ini memilliki intipati mewah seperti tumbuhan Marjoram, Acmella Oleacera dan pelbagai lagi. Intipati ini memastikan kulit segar, sentiasa lembap dalam dan luar serta memastikan kulit wajah tidak penat.
#STAILCANTIK Young & Glow All New Foundation RM79
Bedak asas yang telah dikemaskini bungkusannya yang mana sebelum ini dijual dalam bentuk balang berpetak kaca, kali ini tampil berbentukkan bedak kompak. Namun, tekstur dan formulanya masih dikekalkan seperti edisi sebelum ini. Yang menariknya, bedak asas ini hadir hanya dalam satu tona dan ternyata sesuai buat semua jenis tona dan kondisi kulit. Menampilkan intipati natural seperti minyak Argan yang baik dalam melindungi kulit daripada sinar matahari berbahaya sserta minyak biji avocado yang berfungsi memberi lembapan maksima pada kulit wajah. Bukan sekadar mencantikkan kulit daripada luaran malah bedak asas ini memiliki manfaat penjagaan kulit hebat untuk wajah kamu.
Apa pandangan anda?