Posted on April 28, 2021
Beberapa bulan yang lepas, Pengarang Kecantikan kami dijemput untuk mereviu rawatan wajah V-Shape di klinik estetik Bella Clinic, Kuala Lumpur. Ikuti kisah perjalanannya dalam mendapatkan bentuk wajah idaman ramai wanita ini.
Ramai yang masih mendambakan bentuk wajah tirus seperti wanita-wanita Korea. Dan jika diselidik kembali, rawatan V-Shape masih menjadi antara rawatan estetik pilihan ramai orang di luar sana. Ada antara kenalan saya yang bertanya bagaimana nak mendapatkan bentuk wajah yang kecil dan tirus tanpa perlu melalui prosedur surgeri yang menyakitkan seperti banyak yang kita lihat di media sosial hari ini. Jawapan saya, ada. Rawatan V-Shape hari ini boleh didapati dalam bentuk yang tidak invasif. Tiada sebarang downtime, dan kamu boleh lakukan dalam masa hanya 10 minit sahaja! Tidak percaya, Bella Clinic ada solusinya.
Bermula dengan sesi konsultasi bersama doktor. Memandangkan rawatan yang saya akan lakukan adalah rawatan wajah V-Shape, doktor berkongsi dengan saya antara jenis rawatan yang akan saya lakukan dalam tempoh beberapa minggu. Saya sarankan sewaktu sesi konsultasi ini kamu gunakan sebaik mungkin dengan bertanya segala persoalan atau sebarang keprihatinan yang ingin kamu bangkitkan. Jangan risau, doktor di Bella Clinic akan membantu menjawab segala persoalan serta memberi penerangan jelas sehingga kamu benar-benar yakin untuk meneruskan rawatan bersama mereka.
Minggu pertama, doktor menyarankan saya untuk melakukan prosedur fat melting injection. Suntikan ini bertujuan mencairkan lemak di bahagian yang diingini dan tidak membahayakan. Untuk sesi ini, kami mulakan dengan lemak pada bahagian pipi. Beberapa suntikan diberi pada sebelah kiri dan kanan pipi. Apa yang boleh saya katakan, tiada sebarang kesakitan yang saya alami sewaktu pipi saya disuntik. Hanya pesan doktor, pemakanan dan diet yang seimbang harus diamalkan di samping minum banyak air putih selepas menerima suntikan ini.
Selepas dua minggu, saya kembali ke Bella Clinic untuk mendapatkan rawatan suntikan fat melting injection untuk kali kedua. Kali ini pada bahagian sekitar bawah dagu. Ia bertujuan untuk menghilangkan double chin serta lemak yang terletak pada bahagian rahang wajah. Setelah melakukan prosedur pertama ini, ternyata saya dapat lihat perubahan pada wajah saya selepas beberapa hari. Bahagian wajah yang disuntik terutama sekali pada bahagian bawah dagu sepertinya kelihatan sudah tiada lemak. Namun harus diingat, prosedur ini akan lebih berkesan jika kamu mengamalkan diet yang seimbang.
Setelah selesai menjalani rawatan cairkan lemak, rawatan diteruskan dengan suntikan filler dan botoks. Mungkin ada yang masih tidak tahu apa fungsi botoks dan filler ini. Botoks bertujuan untuk mengecut serta mematikan (secara sementara) bahagian otot-otot yang disuntik manakala filler pula berfungsi dalam memberi bentuk pada bahagian yang diinginkan. Kedua-dua prosedur ini adalah bersifat sementara dan tidak membahayakan.
Kedua-dua proses ini mengambil masa yang amat singkat. Selepas doktor mengenal pasti bahagian wajah mana yang hendak dikecilkan, dia pun mula menyuntik. Suntikan ini tidak menyakitkan malah tidak memerlukan sebarang sapuan numb cream. Botoks disuntik pada bahagian pipi saya menakala filler disuntik pada bahagian dagu.
Hasilnya selepas beberapa minggu, saya dapat lihat wajah saya lebih tirus, lemak di pipi semakin berkurangan malah boleh saya katakan wajah saya kini lebih berdefinisi dan tajam. Menurut doktor di Bella Clinic, botoks mampu bertahan sehingga 4 ke 6 bulan manakala filler pula mampu bertahan sehingga 12 bulan.
Apa yang boleh saya katakan, rawatan ini tidak langsung memakan masa yang lama. Tiada langsung waktu downtime malah saya boleh kembali bekerja selepas menerima rawatan mereka. Hasil wajah saya juga amat memuaskan. Selain daripada rawatan ini, kamu juga boleh mencuba pelbagai lagi rawatan yang disediakan oleh klinik ini. Antaranya seperti rawatan facial, berat badan dan sebagainya lagi.
Namun satu saranan saya untuk kamu yang ingin mencuba rawatan estetik sebegini, pastikan kamu berkunjung ke klinik yang diiktiraf, jangan berkunjung ke klinik yang sebarangan. Jika kamu mahu mengetahui lanjut tentang rawatan wajah sebegini, kunjungilah Bella Clinic. Mereka memiliki doktor serta staf yang peramah dan sedia membantu kamu semua.
Info klinik:
Bella Clinic
Unit 16, Jalan Radin Bagus 1,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.
Phone: 03-95479628
Customer Careline: 1700-810-228
TZ
May 7, 2022Nak tahu harga boleh