Posted on April 29, 2024
Semua orang ingin tampil cantik dengan kulit mulus dan berseri, namun tak ramai yang berpeluang untuk selalu manjakan diri di spa ataupun pusat kecantikan – kekangan masa dan komitmen seharian antara punca-punca ramai diantara kita akhirnya terpaksa ‘melepaskan’ keinginan untuk cintai diri secara lebih kerap.
Bawa ‘spa’ ke rumah – ini cara mudah untuk mencapai kulit yang sihat dan menawan
Nu Skin® memperkenalkan ageLOC® WellSpa iO® – peranti kesejahteraan dan kecantikan bersepadu pertama yang serba moden buat kamu yang ingin menjaga kulit secara lebih intensif tanpa perlu ‘keluar rumah’ – membolehkan orang ramai untuk bina keyakinan diri dengan kulit awet muda secara lebih mudah dan fleksibel.
ageLOC® WellSpa iO® dicipta khusus untuk mengembalikan keremajaan kulit – ia dilengkapi teknologi adaptif mikro arus yang bijak menyesuaikan tetapan mengikut keperluan kulit kamu. Paling penting, ia tidak mendatangkan sebarang ketidakselesaan pada kulit dan menjanjikan kesan yang boleh dilihat dengan penggunaan yang konsisten.
Sistem ageLOC® WellSpa iO® direka untuk memberikan pengguna manfaat daripada tiga jenis rutin topikal iaitu Restore, Revitalize dan Rejuvenate – membolehkan penggunna mengalami dan merasai relaksasi optimum di keseluruhan tubuh.
Antara kelebihan ageLOC® WellSpa iO®:
- mengurangkan ‘puffy’ pada kulit
- mengurangkan dan melambatkan tanda penuaan
- membantu mengurangkan penampilan selulit dan kulit yang sembab
- menganjal dan menegangkan kulit untuk penampilan yang lebih awet muda
- 1membantu badan untuk berasa lebih segar dan ‘relax’
- menyediakan urutan sebelum/selepas bersenam untuk melegakan ketegangan otot
Gunakan dengan ageLOC® Body Polish untuk kulit mulus dan bersih
Rahsia untuk mendapat kulit lembut, halus dan berseri yang sebenar adalah dengan menghapuskan sel kulit mati pada permukaan kulit – ianya boleh dicapai dengan pengunaan ageLOC® Body Polish yang diperkaya dengan gabungan mewah bahan pengelupasan kulit bagi membantu mengubah kulit yang kusam agar lebih lembut, halus serta berseri melalui satu langkah pembersihan dan pengelupasan yang mudah semasa mandi
Cara pengunaan:
Urutkan ageLOC® Body Polish pada kulit yang basah untuk menggosokkan sel kulit mati, kemudian bilas dan keringkan kulit. Ia boleh digunakan setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk kesan yang lebih cepat dan ketara.
ageLOC® WellSpa iO® + ageLOC® Body Activating Gel
Paling sempurna untuk dipadankan dengan ageLOC® WellSpa iO®, sesuai buat kamu yang sering sibuk dan penat bekerja seharian. – ageLOC® Body Activating Gel bakal memberikan kesan segar apabila digunakan bersama rutin Restore dan Rejuvenate ageLOC® WellSpa iO® – ia juga membantu kamu untuk kelihatan dan merasai versi diri kamu yang terbaik. Ia diformulasi dengan ekstrak Lotus Corniculatus, Crithmum Maritimum dan Ashwagandha agar badan dapat lebih ‘relax’ ketika dan selepas urutan.
ageLOC® Body Activating Gel juga mengandungi campuran bahan proprietari – berkesan untuk melawan tanda penuaan dan mengekalkan keremajaan kulit.
Cara penggunaan:
Ratakan ageLOC® Body Activating Gel ke kawasan yang dikehendaki sekali sehari. Gunakan peranti ageLOC® WellSpa iO® untuk mengurut dengan pergerakan bulat dan ke atas secara perlahan-lahan.
ageLOC® WellSpa iO® + ageLOC® Body Serum
Gabungan ini dirumus bagi mengurangkan penampilan selulit dan meningkatkan kecerahan kulit. Ia turut berkesan untuk menganjal dan menegangkan semula kulit dengan ketara serta diperkaya dengan bahan penghidratan untuk membantu mengurangkan kekasaran kulit akibat kekeringann – menghasilkan kulit yang lebih sihat, halus dan awet muda.
Cara penggunaan:
Jangan kedekut untuk sapukan ageLOC® Body Serum dalam jumlah yang banyak ke kawasan sasaran untuk dirawat seperti lengan, peha, punggung ataupun atas perut. Gunakan ageLOC® WellSpa iO® untuk mengurut secara lembut dalam pergerakan bulat, fokus kepada pergerakan secara ke atas/ke dalam untuk beberapa minit.
Sekiranya perlu, tambahkan lagi ageLOC® Body Serum bagi memastikan urutan kekal smooth dan lembut pada kulit.
Untuk kesan yang lebih memukau, gunakan selepas ageLOC® Body Polish sebelum diikuti dnegan ageLOC® Dermatic Effects sebagai pelengkap rutin.
ageLOC® Dermatic Effects
Jangan lupa untuk akhiri regimen penjagaan kulit kamu dengan ageLOC® Dermatic Effects – losyen kontur badan harian yang membantu menggalakkan pembaharuan sel dan mengembalikan kulit kepada keserian semula jadinya.
Selain berkesan untuk menghaluskan kulit ia juga dapat mengembalikan keanjalan kulit agar terlihat lebih muda. Penggunaan secara konsisten dapat mempercepatkan pembaharuan kulit yang lebih berseri dan sekata. Paling penting, ia juga memberikan penghidratan secukupnya agar kulit kamu kekal bermaya dan sihat.
#STAILMYGiveaway – ageLOC® Body Polish menanti 10 pemenang bertuah!
Nak memang ageLOC® Body Polish? Caranya mudah sahaja! – langkah pertama silakan like post INI kemudian ikuti langkah seperti di bawah:
Soalan:
“Namakan tiga jenis rutin topikal ageLOC® WellSpa iO®.”
Jangan lupa untuk follow @STAILMY serta @NUSKINMY.OFFICIAL dan tinggalkan jawapan kamu di SINI kemudian tag dua orang rakan bersama #STAILMYGIVEAWAY.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk Nu Skin® silakan layari laman web rasmi mereka di SINI atau muat turun aplikasi VERA® – melalui aplikasi tersebut tersedia panduan dan perincian mengenai produk serta cara penggunaan.
Apa pandangan anda?