Sudah bersedia untuk cuti panjang? Makan-makan dan luangkan masa bersama yang tersayang menjelang tahun baru. Dalam pada kita sibuk buat persiapan untuk get together dan sebagainya, jangan lupa juga untuk ‘siap’ diri agar kamu dapat tampil lebih yakin di depan teman-teman serta tersayang nanti.
Tak tahu nak mula dari mana? Jom mulakan dengan perkara paling asas seperti tidur yang cukup, elakkan stress yang berlebihan, kawal pemakanan dan rajin bersenam (brisk walk pun cukup!) . Itu perkara paling asas dalam menjaga diri. Kemudian untuk step up rutin jaga diri kamu, cuba empat produk di bawah:
Jaga rambut dengan Olaplex No. 4 Bond Maintenance Shampoo
Rambut adalah mahkota wanita, jika ia tidak terurus, rosak atau kasar secara tidak langsung akan membuatkan kamu berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Paling mudah, jaga rambut dengan Olaplex No. 4 Bond Maintenance Shampoo.
Satu mitos tentang pengunaan Olaplex adalah ia direka khas untuk rambut berwarna – ini tidak tepat sama sekali kerana Olaplex bermanfaat untuk semua jenis rambut terutama sekali Olaplex No. 4 Bond Maintenance Shampoo yang berupaya untuk mengembalikan kekuatan dalaman rambut serta meningkatkan kelembapan – menghasilkan rambut yang lebih lembut dan bersinar.
Peach and Lily Glass Skin Refining Serum untuk kulit ala wanita Korea
Peach and Lily Glass Skin Refining Serum adalah jawapan buat kamu yang selalu keliru memilih skincare kerana produk ini dicipta khas untuk semua jenis kulit – fokus utamanya adalah untuk menghasilkan kulit sihat dan glowing.
Ia diformulasi dengan niacinamide untuk mencerahkan bintik-bintik gelap dan parut akibat jerawat, peptide untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dan asid hyaluronik untuk penghidratan yang mendalam. Ia juga bebas minyak – selamat digunakan pada kulit yang berjerawat dan juga bermanfaat untuk semua jenis kulit.
Hair Removal lebih mudah dengan Peach 2
Tidak pernah berhenti berinovasi – Foreo kini memperkenalkan Peach 2 alat penyingkiran bulu IPL dengan sistem penyejukan kulit secara 360 darjah. Ia tiga kali lebih pantas, selamat dan tidak menyakitkan.
Peach 2 hadir dengan reka bentuk lampu yang memancarkan cahaya nadi pada kulit melalui tetingkap rawatan 9cm2 – tiga kali lebih besar daripada peranti IPL lain. Tingkat lebih besar ini berfungsi untuk mencapai kawasan kulit yang lebih luas. Di tambah pula dengan bahagian kepala peranti yang fleksibel, ia berupaya untuk meliputi seluruh lekuk dan sudut badan.
LUNA 4 plus jamin kulit yang lebih bersih dan berseri
Alat kecantikan seterusnya juga datang dari jenama Foreo – LUNA 4 plus menawarkan pengalaman 4-dalam-1 yang menggabungkan pembersihan mendalam, meningkatkan kolagen, menegangkan dan menyerlahkan keserian kulit.
LUNA 4 plus diperhebat dengan gabungan Near-infrared LED lights dan Red LED light untuk proses pembersihan kulit wajah yang lebih menyeluruh. Duo dinamik berkenaan mampu melawan tanda-tanda penuaan kulit seperti bintik hitam dan kulit kusam.
Ia juga mampu merangsang pengeluaran kolagen dan elastin bagi mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit.
Apa pandangan anda?