Posted on July 24, 2020
Ramai teman-teman saya yang sering bertanya, mengapa leher mereka nampak tidak cantik. Muncul garis kedutan di leher secara tiba-tiba. Perkara yang sama terjadi kepada diri saya sendiri. Berdiri di depan cermin, melihat leher saya yang tiba-tiba juga muncul garis kedutan ini. Apa sebabnya? Setelah dikaji selidik, rupanya inilah yang dinamakan “tech neck”. Simptom ini lebih sering terjadi kepada anak-anak muda. Hendak tahu apa? Mari saya kongsikan punca leher bergaris ini.
Jika kamu seorang yang jenis menghabiskan masa berjam di hadapan telefon pintar atau juga skrin komputer setiap hari, kamu berisiko untuk terkena simptom tech neck ini. Di mana kegiatan harian kamu ini memerlukan kamu menundukkan wajah ke bawah untuk melihat skrin telefon kamu dan menyebabkan tekanan terhasil. Bukan sekadar memberi kesan kedutan pada bahagian leher kamu malah ketegangan urat bahu juga boleh terhasil lalu membuatkan kepala menjadi sakit dan pening.
Menurut pakar dermatologi juga Pengasas jenama penjagaan wajah Vivderma, Dr Hadi, garis halus di leher ini terjadi apabila umur semakin meningkat. Namun, terdapat dua jenis garis leher ini. Garis melintang (horizontal) dan garis menegak (vertical).
Garis kedut melintang terjadi akibat kekurangan kolagen pada kulit akibat usia meningkat atau juga terjadi berpunca daripada gaya hidup (merokok), kurang hidrasi serta terdedah kepada sinar UV dalam jangka masa yang lama. Manakala kedutan menegak pula terjadi apabila kedudukan kepala di kedudukan posisi yang sama dalam jangka masa yang lama, kebiasaannya disebabkan oleh telefon pintar dan ketika kamu tidur.
Kini kamu sudah tahu mengapa leher kamu tampak tidak cantik ataupun tiba-tibanya muncul kedutan yang tidak diundang. Mungkin selepas ini, kamu boleh cuba elakkan daripada menghadap telefon pintar kamu 24jam, bukan?
Ini pula antara solusi yang boleh kamu cuba untuk merawat leher bergaris ini. Selamat mencuba!
Apa pandangan anda?