Posted on March 19, 2020
Saya tahu ada antara kamu di luar sana yang tidak senang duduk di rumah lagi-lagi dalam keadaan sebegini di mana negara mengarahkan semua untuk mengawal pergerakan kerana wabak novel coronavirus ini. Untuk kamu yang sudah terbiasa berkunjung ke spa di waktu-waktu sebegini, sudah pasti kamu tahu waktu sebegini bukanlah waktu yang sesuai untuk semua itu. Apa kata kamu cuba tip D.I.Y kami ini. Tidak perlu keluar, kamu sendiri boleh cuba buat facial sendiri di rumah. Untuk kulit wajah kekal sihat, berseri dan segar sentiasa, kami kongsikan langkah penjagaan yang boleh kamu cuba.
Pertama sekali cuci wajah kamu. Cuci menggunakan air suam. Urut bermula daripada bahagian dagu membawa ke atas dalam bentuk pergerakan membulat. Gunakan hanya dua jari sahaja untuk mengurut wajah kamu itu. Tujuannya ialah untuk mengurangkan tekanan berlebihan pada wajah kamu.
Jangan sesekali menggunakan air panas ataupun sejuk ketika mencuci wajah. Lebih bagus jika kamu mempunyai peranti elektronik untuk wajah kamu yang membolehkan kulit wajah kamu di bersih lebih mendalam.
Exfoliate. Tahukah kamu langkah ini amat penting dalam rutin penjagaan wajah kamu. Ia membuang segala sel kulit mati langsung menyekatakan lagi tona kulit kamu. Bukan itu sahaja, kulit yang bebas daripada sel kulit mati ini membolehkan segala produk yang kamu sapukan pada kulit wajah kamu itu dapat diserap dengan lebih baik. Selepas wajah kamu dicuci, gunakan skrub wajah ini kemudian urut lembut menggunakan jari manis dan jari kelinking. Tapi ingat, proses menyental kulit wajah ini tidak boleh dilakukan dengan kerap, amalkan dua hingga tiga kali seminggu sahaja.
Selesai rutin skrub, lap wajah hingga kering dan teruskan ke langkah seterusnya, stim wajah. Langkah ini bertujuan untuk membuka liang pori, melembutkan kulit wajah serta memperbaiki peredaran darah. Ambil semangkuk air panas mendidih kemudian sarungkan tuala untuk melindung bahagian bahu dan kepala kamu. Dekatkan wajah pada air panas tadi, namun jangan terlalu dekat. Jarakkan sebanyak 10-18 inci daripada mangkuk air mendidih tadi. Dan proses ini hendaklah dilakukan tidak lebih dari 10 minit sahaja.
Usai rutin stim tadi, kini kamu boleh teruskan dengan langkah penjagaan wajah biasa kamu lakukan. Bermula dengan toner, serum dan kemudian pelembap. Tiga langkah penting dalam penjagaan wajah kamu. Hendak lebih efektif, sarungkan pupur wajah sebelum kamu menyapu toner pada wajah.
Selamat mencuba!
Apa pandangan anda?