Posted on August 28, 2020
Tidak semestinya apabila kamu hendak menggayakan solekan yang terang, berwarna-warni atau bold hanya boleh pada waktu-waktu perayaan atau apa-apa sambutan penting. Solekan bold ini sebenarnya boleh digayakan pada bila-bila masa baik mahu ke pejabat ataupun ke kelas. Cuma konteks penggayaan solekan bold di sini haruslah dilaksanakan dengan betul. Bukan bererti solekan bold itu kamu harus gayakan seperti solekan melampau sampai kelihatan seperti badut. Di sini saya ingin kongsikan tip penggayaan solekan bold berwarna-warni dengan betul supaya selepas ini kamu lebih berani menyolek ekstra dalam gaya harian kamu!
Jika kamu ingin menggayakan solekan bibir terang, cuba gayakan gincu jenis glos berbanding gincu jenis pusam (matte). Ini sesuai buat kamu yang masih malu untuk mencuba solekan bold atau berwarna-warni pada wajah serta untuk mengelakkan kamu menjadi bahan tenung orang ramai. Dan saranan saya, jika kamu sudah melayang ekstra pada bibir, elakkan menyolek tebal pada bahagian wajah lain. Pilih rona-rona lembut untuk pipi, serta layangkan sekadar satu tona pada bahagian mata kamu.
getty images
Jika kamu masih risau menjadi bahan gelak teman sekeliling, pilih rona daripada palet yang seiring dengan pakaian kamu pada hari itu. Jika kamu mahu lebih ekstra, lapiskan nipis dengan pembayang mata jenis kemilau pada mata kamu. Percayalah, ia tidak nampak melampau, malah tampak lebih manis.
Ini pula tip untuk elakkan kamu tampak seperti badut. Setiap kali kamu mengenakan pembayang mata lebih-lebih lagi yang terang dan berwarna-warni, pastikan kamu adun dengan betul. Ini bagi memastikan tiada sebarang tompokan kasar pada mata kamu akibat daripada pembayang mata yang tidak diadun dengan betul.
getty images
Jika kamu bukanlah penggemar rona-rona bold seperti neon, tetapi masih mahu mencuba sesuatu yang terang dan ekstra, cuba rona seperti ungu dan hijau. Ini rona yang sangat sesuai untuk beginner. Dan jika kamu tidak mahu layangkan pada seluruh mata, layangkan warna ini sebagai penggaris mata kamu. Pasti cantik!
Menurut jurusolek profesional, Shawnelle Prestidge daripada Prestidge Beauté, lebih kontra warna yang dikenakan pada wajah, lebih menyerlah,
Tona kulit yang cerah dan tan mampu menggayakan apa jua rona solekan, manakala untuk yang berkulit gelap, ia bergantung kepada sesuatu rona dan berapa gelap kulit kamu. Biasanya, pilih rona-rona seperti merah menyala, kuning, oren, turquoise, biru untuk impak yang lebih lagi pada solekan wajah kamu.
4 Produk Mekap Pilihan Kami Untuk Kamu Cuba
Fenty Beauty Snap Shadows Eyeshadow Palette RM122
Urban Decay Heavy Metal Glitter Eyeliner RM89
Dior Addict Stellar Holo Shine RM143
Tarte Maneater Mascara RM96
Apa pandangan anda?