Posted on November 26, 2020
Siapa yang masih tercari-cari apa yang terbaik untuk kulit wajah kamu, bolehlah mencuba produk terbaru rangkaian SAFI Hydra Glow dan juga LUSH Beauty Sleep ini. Rangkaian lengkap dari pencuci muka hingga ke pupur ini mampu membantu merawat serta mempertingkatkan lagi kadar lembapan optima pada kulit wajah kamu. Tak salah juga jika kamu padankan kedua-dua koleksi ini untuk ritual kulit wajah kamu pagi dan malam kamu!
SAFI Hydra Glow Untuk Kulit Wajah Lebih Berseri dan Terhidrasi
Rangkaian terbaru SAFI yang diberi nama Hydra Glow ini rangkaian yang sesuai buat kamu yang mahukan lembapan optimum buat kulit wajah kamu. Dihasilkan daripada Teknologi Hydra Active³ yang dirumuskan khas bebas daripada bahan seperti alkohol, paraben dan minyak mineral. Tiga ramuan utama yang terkandung di dalam formulasi teknologi ini ialah ekstrak fermentasi beras di mana ia bertindak sebagai pelembap semula jadi yang meningkatkan kemulusan serta menaikkan lagi seri kulit wajah kamu.
Kemudian, ia punya kandungan Vitamin B yang bertindak sebagai ejen pelembap yang berkuasa dalam mengekalkan lembapan, mengurangkan kekeringan serta mengembalikan tekstur kulit wajah yang lebih halus dan mulus. Akhir sekali, kadungan asid hialuronik. Asid ini pula bertindak mengunci lembapan kulit dengan efektif lalu pada masa yang sama memperbaiki keanjalan kulit agar kulit menjadi lebih terhidrat.
Menampilkan lima produk dalam rangkaian terbaru SAFI Hydra Glow ini di mana terdiri daripada pencuci muka, penyegar, serum penghidratan, pelembap penghidratan dan penyembur muka penghidratan.
LUSH Beauty Sleep Untuk Kamu Si Pencinta Pupur
Jika kamu peminat setia produk LUSH, pasti kamu tahu akan rangkaian Sleep daripada mereka. Produk tambahan terbaru yang diberi nama Beauty Sleep ini akan melengkapkan lagi koleksi ini. Tampil sebagai pupur wajah, yang diperkaya dengan bahan kandungan mewah, pasti akan membuatkan tidur malam kamu lebih enak dan nyenyak.
Inspirasi untuk mencipta produk ini terhasil apabila pengasas jenama ini sendiri meluahkan mahu sesuatu pupur muka dan tubuh yang sesuai dipakai saat dia membersihkan diri jam 4 petang. Pada masa sama, dia mahukan sesuatu produk yang menggunakan inti pati yang sama seperti yang pernah dia cipta bersama Liz Weir untuk Herb Pillows. Setelah mencuba lebih 25 versi, akhirnya tercipta produk Beauty Sleep ini. Yang menariknya, nama produk ini adalah hasil pilihan pelanggan setia LUSH sendiri di mana pada Mac lalu, LUSH telah bertanya kepada pelanggan mereka untuk berkongsikan cadangan nama untuk produk terbaru mereka ini.
Antara intipati yang terkandung di dalam pupur terbaru LUSH ini adalah Lemon Verbenabdan Valerian Root Extracted in Honey di mana ia mempromosikan manfaat antibakteria pada kulit serta mengembalikan kulit tenang dan sihat. Kemudian, ia turut mengandungi daun Mullein yang mampu meredakan keredangan kulit. Manakala, minyak kelapa dan gel Bentone pula membantu memberi hidrasi secukupnya pada kulit. Akhir sekali Kaolin dan Ground Aduki Beads bertindak sebagai exfoliator untuk kulit.
Apa pandangan anda?