Posted on January 20, 2021
Baik kosmetik mahupun produk penjagaan wajah, kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain. Manakan tidak, solekan yang mulus datangnya daripada kulit wajah yang sihat. Jadi di sini, kami begitu teruja sekali ingin kongsikan produk-produk terbaru daripada Gucci Beauty dan Nutox. Kami yakin produk ini bakal menjadi pelengkap meja kecantikan kamu!
Gucci Beauty Lancar Sérum De Beauté Fluide Soyeux Silk Priming Serum dan Fluide De Beauté Fini Naturel
Terkenal sebagai jenama yang mementingkan ‘self love’ dan eksperesi diri, Pengarah Kreatif jenama ini, Alessandro Michele, memperkenalkan dua produk baru yang boleh membantu menaikkan lagi seri kecantikan wajah wanita. Serum primer Sérum De Beauté Fluide Soyeux Silk Priming Serum dan bedak asas Fluide De Beauté Fini Naturel.
Sérum De Beauté Fluide Soyeux Silk Priming Serum , RM245, adalah serum primer yang boleh kamu gunakan sebelum mengoles solekan atau juga dipakai begitu sahaja. Ia bukan sahaja membuatkan solekan kamu lebih mulus, ia juga membantu mengembalikan lembapan kulit serta pada masa yang sama menyegarkan wajah langsung memberi efek sinar lembut seperti semula jadi. Walaupun bertekstur ringan, serum ini dapat membantu mengurangkan penampilan kedutan serta liang pori lantas membuatkan solekan nampak cantik dan tahan lama.
Fluide De Beauté Fini Naturel, RM265, adalah bedak asas yang harus kamu miliki daripada jenama ini. Hadir dalam 25 rona warna sesuai untuk semua jenis tona kulit. Menawarkan manfaat seperti formula yang ringan dan tahan lama. Langsung tidak membuatkan kulit rasa tidak selesa, membuatkan produk ini boleh dipakai baik wanita mahupun lelaki sebagai produk asas untuk wajah. Memberi hasil kemasan natural dan dalam masa sama mampu mengaburkan penampilan cela wajah. Bedak asas ini buildable , maka dengan itu, liputannya boleh kamu ubah mengikut kemahuan kamu sendiri. Sesuai untuk semua jenis kulit, tip Gucci Beauty, oles bedak asas ini menggunakan jari-jemari kamu untuk mendapatkan hasil natural dan halus.
Memperkenalkan Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion, Set Rawatan Anti-Penuaan Pilihan Kami
Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina ini, Nutox tampil dengan produk rawatan wajah terbaru yang sesuai bukan untuk satu jenis kulit, malah untuk semua jenis kulit yang mahukan lembapan wajah optima. Bersempena dengan festival perayaan ini, sudah tentu jenama ini mahu kamu di luar sana tampil gembira dengan kulit yang cantik dan berseri. Bercakap tentang produk mereka, Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion ini, ia telah diformulasikan dengan teknologi anti-penuaan signatur Nutox serta dipenuhi dengan kandungan Oxyfusion (untuk manfaat seri wajah), Sodium Hyaluronate untuk penghidratan optima serta ekstrak poten sarang burung untuk manfaat antipenuaan. Sarang burung ini juga dikenali sebagai “caviar of the East”, malah menjadi kegemaran masyarakat Cina dalam menyelesaikan masalah kecantikan kulit mereka.
Tiga produk terbaru daripada Nutox ialah Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion, Nutox Youth Restoring Treatment Lotion dan Nutox Renewing Treatment Mositurising Essence.
Nutox Youth Restoring Treatment Lotion RM69.90/150ml
Sesuai untuk kamu yang berkulit normal dan kering. Bukan itu sahaja, Nutox turut mencipta esen yang diformulasikan untuk mereka yang berkulit sensitif dengan intipati yang boleh menyeimbangkan kadar pH dan hypoallergenic buat kulit kamu.
Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion RM65.90/150ml
Tidak lengkap tanpa produk esen. Nutox turut menghasilkan esen untuk melengkapkan lagi rutin kecantikan kamu. Dibuat sesuai untuk semua kulit dengan adanya teknologi Tri-LumiNes Complex yang turut membantu menyah segala kotoran dan cela di wajah lalu menjadikan kulit wajah lebih berseri daripada luar dan dalam.
Nutox Renewing Treatment Moisturising Essence RM79.90/150ml
Berita gembira untuk pembaca STAIL.MY, sertai #STAILMYGIVEAWAY di Instagram kami bermula hari ini sehingga 3 Februari 2021 dan 5 pemenang bertuah bakal membawa pulang set Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion bernilai RM215. Cepat kunjungi laman sosial Instagram kami hari ini!
Apa pandangan anda?