Posted on September 9, 2020
Dua hari lepas dunia kecantikan digemparkan dengan kematian Youtuber popular Ethan Peters atau lebih popular dengan nama, Ethan is Supreme. Ayah kepada Ethan, Gerald, memberitahu Fox News, kebarangkalian Ethan meninggal dunia adalah disebabkan oleh pengambilan dadah secara berlebihan selepas dia didapati tidak sedar diri di biliknya pagi Ahad yang lalu.
https://twitter.com/realavalouiise/status/1302375622958821376
Walaubagaimanapun, punca kematian masih lagi dalam siasatan. Ayah juga teman baik Ethan, Ava Louise meminta orang ramai untuk tidak menokok-tambah spekulasi kematian Ethan. Ava turut meninggalkan komen di Twitter dan menyeru orang ramai untuk berfikir positif tentang Ethan,
“Jika ada sesiapa yang ingin bercakap negatif tentang ketagihan yang dialami Ethan, saya tidak teragak-agak untuk pergi kepada kamu dan membalas dendam. Bercakaplah yang positif sahaja tentang Ethan. Dia ialah seorang artis yang penuh inspirasi. Sangat berbakat.”
Seperti yang dilaporkan oleh BBC, Ethan sebelum ini pernah dituduh menyentuh isu perkauman dan transphobia dan kemudian menyebabkan mendiang menjadi tertekan. Dan masih ada yang membangkitkan isu itu, lantas Youtuber kecantikan popular Manny MUA turut memuatnaik status di Twitter meminta untuk orang ramai menghormati pemergian Ethan,
rest in peace ethan @trashqueenethan you were so incredibly talented at such a young age. i know he’s made many many mistakes… but to say he deserved to pass away is horrible and inhuman. i pray for his family and loved ones, a horrible loss 💔
— Manny MUA (@MannyMua733) September 6, 2020
“Saya tahu dia banyak membuat kesalahan… akan tetapi untuk melemparkan kata-kata kesat seperti dia layak untuk meninggal dunia adalah sesuatu yang kasar dan tidak berperikemanusiaan. Saya berdoa agar mereka yang kejam itu merasai kehilangan keluarga atau insan tersayang dalam keadaan yang sangat menyedihkan.”
Buat yang tidak mengenali Ethan is Supreme, mendiang memiliki pengikut sebanyak setengah juta di laman sosial media Instagram, dan sebanyak 139,000 di Youtube. Ethan membina karier pada usia yang muda dan baru-baru ini mendiang turut memulakan empayar jenama pakaiannya sendiri yang diberi nama Hellboy.
Apa pandangan anda?