Posted on June 14, 2021
Lewat minggu lalu, Fahmi Reza, pemilik akaun Instagram dan Twitter Kuasa Siswa, menggariskan cara jawab PDRM jika kamu ditahan untuk soal siasat berkenaan post di media sosial kamu atau apa sahaja bentuk ‘jenayah’. Bagi saya ini adalah satu bentuk perkongsian yang wajar kerana sebagai rakyat, kita tidak pernah mendapat sebarang pendidikan asas tentang hak kita sebagai rakyat dan cara betul berdepan dengan polis jika ditahan.
Tambah lagi dalam dunia media sosial tanpa sempadan hari ini, sebarang bentuk post atau kenyataan yang dikongsi dengan mudah boleh menjadi punca kamu ditahan atas sebab kawalan yang mahu diaplikasikan oleh pihak berkuasa atau kerajaan ke atas rakyat.
Jadi terima kasih Fahmi kerana berkongsi pengalaman kamu bersama kami semua!
Cara Jawab PDRM Menurut Fahmi Reza
Jika kamu ditangkap & disoalsiasat polis, protect yourself dan jangan jawab soalan polis. Bagi jawapan:
1
“Saya gunakan hak saya bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah untuk menolak daripada menjawab soalan ini kerana jawapan saya boleh mendedahkan saya pada pertuduhan jenayah”
2
Jawab soalan pasal butir-butir peribadi (nama, IC, alamat, pekerjaan, pendidikan) dan soalan yg kamu rasa selamat utk dijawab, tapi tolak utk jawab semua soalan lain yg kaitkan diri kamu dengan kes yg disiasat polis. Kamu ada hak utk berdiam diri dan tidak kantoikan diri kamu.
3
Aku dah banyak kali kena soalsiasat polis, tahun ni saja dah 5 kali. Setakat ni aku tak pernah lagi kena belasah polis bila aku jawab macam ni. Kalau polis pukul kamu, kamu boleh laporkan pada Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan saman polis di mahkamah.
4
Jika kamu disoalsiasat polis tanpa kehadiran peguam, kamu jawab: “Sebelum saya jawab soalan tuan, benarkan saya utk call peguam saya dulu & minta dia hadir masa saya disoalsiasat” Call Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) utk dapatkan free legal aid.
5
Bila kamu ditangkap polis kamu ada hak utk buat satu phone call. Telefon peguam kamu atau YBGK utk dapatkan free legal aid. Kamu ada hak utk berunding dgn peguam sebelum kamu jawab setiap soalan polis. “Sebelum saya jawab soalan ni benarkan saya consult dengan peguam saya dulu”
Bila kamu ditangkap polis kamu ada hak utk buat satu phone call. Telefon peguam kamu atau YBGK utk dapatkan free legal aid. Kamu ada hak utk berunding dgn peguam sebelum kamu jawab setiap soalan polis.
"Sebelum saya jawab soalan ni benarkan saya consult dengan peguam saya dulu"
— Fahmi Reza (@kuasasiswa) June 6, 2021
Apa pandangan anda?