Posted on August 17, 2020
Seram sejuk Norma mendengar cerita dua Datin Seri berlawan bomoh sesama sendiri kerana dengki. Seorang makeup artist (MUA) yang menceritakan kepadanya pengalamannya sendiri mendengar perbualan Datin Seri F dengan pawangnya. Awalnya dia tidak berapa mempedulikan perbualan telefon Datin Seri F, tetapi semakin lama dia dia berbual, bulu tengkuk MUA itu semakin berdiri.
MUA itu ingat lagi, hari itu hari Sabtu. Penghujung tahun 2002, banyaklah yang membuat parti keraian hujung tahun. Ada yang mengehoskan parti hari jadi, ada yang saja-saja buat tea-party. Semuanya sebab nak berkumpul, bermesra dan bergelak ketawa menari dan menyanyi ria. Itu sahajalah yang ada dalam kepada orang kaya di ibu kota. Apalagi isteri-isteri menteri dan orang kenamaan. Bukannya mereka ada serja harian pun. Jadi inilah aktiviti mereka. Merancang dan menganjurkan parti. “Uuuuuuhhhhhh… that’s my day job honey…” Ada sesetengah yang mengakui.
Datin Seri F menganjurkan parti hari jadi anaknya. Bukan kecil pun anak itu lagi. Sudah beranak pinak. Tapi yalah saja, mahu dijadikan alasan mengehos parti. Jadi dia pun menghubungi MUA teman Norma untuk membuat make up nya untuk parti ini. Eh, parti kecil-kecilan pun mesti kena panggil MUA you. Mestilah Datin Seri F nak tampil cantik-cantik. Duit pula banyak, mengapa perlu kotorkan tangan sendiri. Panggil sahaja MUA untuk mencantikkan dia. Tengah hari yang dijanjikan, MUA itu pun pergilah ke rumah Datin Seri F.
Sedang menyusun-nyusun barang make up nya di atas meja, Datin Seri F mengomel-ngomel kepadanya. “You tau perempuan sial tu sengaja nak hos parti dia juga hari ini.” Terkejut, MUA itu bertanya, “Perempuan mana pula Datin?” “Alahhhhh… si T sial tu. Dia tahu I nak buat birthday party anak I hari ini sengaja juga dia nak hoskan sesuatu. Tak sudah-sudah dengan perangai jijik dia tu.”
MUA itu diam sahaja tidak mahu mencurah lagi minyak ke dalam api yang sedang mahu marak. Selesai menyusun perkakas solekannya, dia mengajak Datin Seri F, “Meh Datin Seri. Kita boleh start make up you. Kita buat you cantik-cantik hari ni okay.” Sengaja MUA itu mahu menyejukkan hati Datin Seri F yang sedang panas. Dengan muka masam, Datin Seri F pun duduk di hadapan meja solek. Pabila MUA itu baru mahu mengoles sahaja wajah Datin Seri F, tiba-tiba guruh berbunyi kiat di luar.
Muka Datin Seri F berubah merah. Sepertinya mahu meletup sahaja mukanya. “Arrrrrrggggghhhhhhhhhh!!!!!” Tiba-tiba Datin F menjerit seperti kerasukan. MUA itu serba salah tak tahu mahu memandang ke arah mana. Dia pun sebenarnya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mengapa selepas guruh berbunyi, Datin Seri F terus naik hantu?
“Hello!!!” Suaranya hampir menengking. “Pawan… Kau tau perempuan sial tu hantarkan hujan ke rumah aku!!!!!!” Jerit Datin Seri F kepada orang yang dihubunginya. “Eh aku taulah mesti dia yang hantarrrrrrr. Kan sudah aku minta pada kau supaya memastikan hari ni tak hujan. Mengapa pula tiba-tiba guruh boleh berbunyi di luar???!!?!?
Hantarkan balik hujan ini kepada dia!!!!!!
Terus Datin Seri F meletakkan telefon. MUA yang tadi terpinga-pinga seolah-olah takut hendak memegang semula muka Datin Seri. “Nah you boleh sambung balik mekap.” Kata Datin Seri F sambil menghela nafas deras. Tegang sungguh suasana di dalam bilik menyolek itu. Seketika kemudian cahaya matahari mula menembus masuk melalui jendela di bilik solek. Guruh yang tadi kuat berdentum pun sudah tidak kedengaran lagi. Burung mula berkicauan dan suasana cerah menyinari seluruh rumah.
“Ya Allah, benarkah ini semua terjadi?” bisik MUA di dalam hatinya. Dia seperti tidak percaya bahawa kejadian aneh seperti ini berlaku di depan matanya sendiri. Sebelum-sebelum ini adalah dia mendengar cerita-cerita orang tentang orang kenamaan yang menggunakan khidmat bomoh dan pawang. Tetapi tidak sekali pun dia pernah mengalaminya sendiri.
Datin Seri F bermadu dengan Datin Seri T. Khabarnya suami mereka hampir sahaja menceraikan Datin Seri F kerana Datin Seri T. Hanya menunggu masa. Sekarang, MUA itu tahulah bahawa dua Datin Seri berlawan bomoh kerana dengki sesama sendiri. Dia sendiri menyaksikannya. Hanya dengan menggunakan telefon sahaja mereka boleh berlawan bomoh. Tak perlu pun pergi mengadap tok bomoh sambil tersedak asap kemenyan. Cuma beri arahan sahaja melalui panggilan.
Jelaslah bahawa Datin Seri T yang tahu Datin Seri F akan mengehoskan parti harijadi anaknya tak senang duduk dan sengaja mahu merosakkan majlis Datin Seri F. Nasib pula Datin Seri F boleh menghubungi bomohnya dan menghantar kembali awan mendung dan hujan itu ke rumah madunya. Begitulah manusia. Kerana berebutkan pangkat dan harta sampai sanggup menduakan Tuhan dan menggunakan syaitan. Entah sampai bilalah dua Datin Seri ini akan terus bersengketa dan menggunakan bomoh untuk berlawan sesama sendiri?
Apa pandangan anda?