Banyak yang tidak faham konsep ini. Bagaimana nak habiskan masa bersendirian? Kita sering perlukan teman atau perlukan orang lain untuk menghilangkan rasa bosan atau mengisi masa lapang. Tetapi sebenarnya cara terbaik untuk memperbaiki diri ialah dengan bersendirian. Banyak faedah yang kamu boleh dapati dengan being alone.
Saya banyak belajar tentang habiskan masa bersendirian sejak bermulanya PKP. Tidak banyak bergaul dengan orang disebabkan pergerakan yang terbatas, membuat saya sedar bahawa minda saya jauh lebih tenang dengan bersendirian dan tidak mendengar cerita orang atau menghabiskan masa bersama orang lain. Saya tidak perlu melayan atau menyaksikan sendiri perangai orang yang kadang-kadang menjelikkan dan mengganggu ketenangan fikiran.
Oleh itu walaupun banyak orang merasakan bersendirian itu amat menyesakkan kerana kita sudah terbiasa terdedah dengan keadaan bersama-sama orang lain, tetapi bersendirian itu boleh dijadikan pengalaman yang boleg merubah diri kita sebagai individu kalau digunakan sebaik-baiknya. Seperti yang sudah lama saya fikirkan sejak dahulu, jikalau kita akan pulang mengadap Tuhan berseorangan, mengapa kita harus takut bersendirian? Sementelah memang itu pun keadaan semulajadi kita. Bahkan terciptanya kita di dalam rahim ibu juga secara bersendirian, bukan?
Bukan juga bermakna kita harus bersendirian setiap masa. Tidak dinafikan kita ini sebagai manusia adalah haiwan sosial. Sebaliknya gunakan masa bersendirian itu untuk kebaikan diri sendiri dan dalam skala sederhana serta seimbang. Dengan cara ini, kita akan menjadi lebih sempurna dan arif dengan persekitaran kita seandainya kita perlu menghabiskan masa bersama orang lain.
Mengapa Perlu Habiskan Masa Bersendirian?
1
Gunakannya sebagai peluang untuk menimba ilmu tentang diri sendiri. Pabila kamu bersendirian, cuba meditasi. Dengan cara ini kamu akan memahami keadaan semulajadi kejadian kamu. Rasakan pernafasan kamu. Turun naik dada kamu diisi dengan oksigen. Rasa dalam perut kamu. Pergerakan aliran darah dalam tubuh kamu. Keberadaan kamu dari segi perletakan tangan kamu, pinggul kamu dan leher kamu.
Ini tidak mungkin boleh kamu lakukan sekiranya kamu berada dalam dunia yang sibuk setiap hari. Kita terdiri daripada buah fikiran kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jadi amat penting untuk kita tahu mengawal pemikiran kita. Jangan biarkan ia mengawal kita. Kerana fikiran kita itu akan membawa kita lari jauh daripada realiti dan kejadian SEKARANG. Momen SEKARANG ialah di mana kehidupan berlangsung. Bukan dalam pemikiran kita.
Kalau kita mahu mengawal pengalaman hidup kita sebagai manusia kita perlu mengawal buah fikiran kita. Terkadang kita memikirkan sesuatu yang telah terjadi dan ia membuat kita marah, geram, sedih atau benci. Tetapi apakah berbaloi untuk merasakan semua perasaan itu tentang sesuatu yang telah lama berlalu dan terjadi. Bagaimana dengan apa yang terjadi sekarang dalam hidup kamu? Bukankah itu yang seharusnya menjadi fokus kamu berbanding sesuatu yang telah berlalu? Ini antara SELF KNOWLEDGE yang boleh kamu pelajari dan fahami pabila kamu bersendirian.
2
Lupakan pandangan atau pendapat yang kamu ada tentang sesuatu terutamanya yang kamu dapati daripada orang ramai. Banyak antara kita yang terperangkap dalam ideologi atau pandangan orang ramai tentang sesuatu. Pernahkah kamu tanya kepada diri kamu sendiri, apakah pandang kamu tentang sesuatu isu? Jangan dasarkan pandangan itu mengikut pandangan orang lain sebaliknya gunakan fikiran kamu sendiri dan jawab pertanyaan kamu tadi? What do you think about it? Ideologi dan teori yang kita dengar atau dapat daripada orang lain itu tidak semestinya sesuatu yang betul atau baik untuk diikuti.
Tidak juga bermakna ia ideologi atau teori popular di kalangan banyak orang, ia adalah sesuatu yang wajar kamu ikuti. Paling penting untuk kamu tahu ialah kamu mesti ada pandangan kamu sendiri tentang sesuatu. Apa yang kamu rasakan tentang sesuatu isu atau kejadian itu. Tanya conscience kamu, apa yang kamu rasa tentang isu itu tanpa menurut pandangan orang lain. Mungkin sukar untuk kamu lakukan awalnya tetapi masa bersendirian adalah masa terbaik untuk kamu berlatih perkara ini. Gunakan fikiran dan minda kamu untuk menganalisa sesuatu perkara kemudian keluarkan keputusan atau pandangan kamu tentang perkara itu tanpa mengambil kira teori orang lain.
Sering kalau kamu terperangkap dengan ideologi dan teori orang lain, ia akan membuat kamu sukar menerima idea atau teori baru. Begitu juga dengan media sosial yang saban hari melambakkan pelbagai informasi dan ideologi. Jaga-jaga! Jangan sesekali biarkan diri kamu terperangkap dalam idea orang lain.
3
Habiskan masa bersendirian juga akan memberi peluang kepada kamu untuk menjadi berdikari. Kita banyak bergantung kepada orang. Ada antara kita yang tidak boleh langsung kalau tak ada orang di sekeliling. Sebenarnya dalam dunia moden, lagilah kita tak perlukan orang sangat sebenarnya untuk mendapatkan keperluan asas kita. Semuanya ada di hujung jari. Hanya perlukan telefon pintar kamu sahaja untuk melaksanakan dan mendapatkan keperluan harian. Tetapi itulah kita juga sering merasa tidak puas hati dengan WHAT IS. Kita sentiasa mendambakan teman.
Sebaliknya bersendirian itu boleh mengajar kamu menjadi berdikari. Daripada merasakan diri kita sebagai tong kosong, apa kata penuhkan masa membuat perkara yang kita boleh buat dan suka buat. Membaca, menonton TV, membasuh baju, menghias rumah, belajar memasak, menggosok baju, menyusun baju, mengemas rumah dan senarainya boleh berlarutan lagi…
Freedom is the possibility of isolation. You are free if you can withdraw from people, not having to seek them out for the sake of money, company, love, glory or curiousity, none of which can thrive in silence and solitude. If you can’t live alone, you were born a slave. You may have all the splendours of the mind and the soul, in which case you’re a noble slave, or an intelligent servant, but you’re not free. Fernando Pesso, The Book of Disquiet
Habiskan masa bersendirian boleh jadi pelaburan terbaik yang akan memberikan pulangan paling lumayan.
Apa pandangan anda?