Posted on August 27, 2023
SINAR MERDEKA MENERAWANG DI BINGKAI JENDELA 31 OGOS. MEMBUAI BENDERA, MENABURKAN RASA INDAH KENIKMATAN MALAYSIA YANG SUDAH LEBIH ENAM DASAWARSA KELUAR DARIPADA CENGKERAMAN SANG PENJAJAH. UNTUK MERAYAKAN MERDEKA MALAYSIA, KAMI DI STAIL.MY MENGHIMPUN LAPAN INDIVIDU YANG BERBEZA RUPA DAN LATAR BELAKANG. MENYENTUH SEDIKIT BICARA MEREKA TENTANG KONSEP ‘SE-MALAYSIA’, PERSELISIHAN FAHAM DAN HAL-HAL YANG MEMBANGKITKAN CINTA PADA MALAYSIA.
YAZMIN AZIZ, Pempengaruh Media Sosial, Pencipta Kandungan, Penyanyi & Pelakon
Sedikit sebanyak tentang latar belakang kamu.
I am half Filipina, half Malay. Saya bisa bertutur dalam tiga bahasa. Ibu saya berasal dari Malaysia, manakala ayah saya pula berasal dari Filipina. Sebelum ini, kami sekeluarga tinggal di Filipina dan kemudiannya berpindah balik ke Malaysia. Kami memutuskan untuk terus menetap di Malaysia dan membina kehidupan di sini. Sehinggalah sekarang.
Apakah nama julukan kamu masa kecil dahulu?
Saya tidak pasti sama ada ia adalah a Filipino thing tetapi ada sesetengah orang Filipina agak sukar menyebut nama saya. Daripada ‘Yazmin’ menjadi ‘Yasmin’, terkadang itu ada yang panggil ‘Hasmin’ atau ‘Yazzzz’. Haha!
Tanggapan salah orang lain fasal kamu.
Sombong. Orang selalu salah anggap dan melihat saya ini seorang yang sombong. Atau sejenis yang tidak suka didekati. Barangkali kerana wajah saya? Tetapi bila orang dah kenal Yazmin Aziz, mereka tahu yang saya ini tersangat mesra! Saya suka berborak dan bertukar-tukar cerita dengan orang lain. Oh, seperkara lagi, orang selalu ingat saya ini orang Latin dan terkadang itu ada yang anggap saya orang Arab.
Apakah perkara yang membuatkan kamu teramat sayang pada negara kita, Malaysia?
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kita bisa menyaksikan kepelbagaian itu sedari kecil lagi sampailah dewasa. Sudah tentu, lahirnya rasa hormat pada kepelbagaian tersebut dan secara tidak langsung, kita meraikannya. Selain itu, perkara yang membuatkan saya bangga fasal Malaysia adalah makanan-makanannya! Makanan-makanan Malaysia amat menakjubkan, tidak sama dengan yang lain sehinggakan pelancong-pelancong asing boleh ‘jatuh cinta’ pada Malaysia hanya kerana makanan.
Seandainya diberi pilihan, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, kamu mahu menjadi negeri apa?
Negeri Sabah. Orang-orangnya mesra, banyak lokasi yang cantik ada di Sabah and everything there is so welcoming.
Teks & Penata Gaya : Ardi Idewani Zaini
Pengarah Seni : Merrissa Emilda
Fotografer/Konsep : Azim Mahayudin
Video : Jordi Harris
Grooming : El Manda
Rambut : Amir Aiman
Pengurus Projek : Ija Rahman
Apa pandangan anda?