Posted on December 22, 2020
Malioboro, pusat hiburan, spa dan hotel yang kerap dikunjungi orang kenamaan, Datuk-datuk dan Datuk-datuk Seri dari Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan seks pelbagai bangsa…
Datuk Seri (DS) Mokhtar sering ke Jakarta. Kata isterinya Datin Seri (DS) Asmah, suaminya sering ke sana atas urusan kerja. Ada beberapa syarikat di sana yang menerima pelaburan daripada DS Mokhtar dan beberapa lagi rakan perniagaannya. Norma seringlah mendengar DS Asmah bercerita bahawa suaminya tiada di rumah, kadang-kadang seminggu kadang-kadang sampai tiga minggu di sana.
Ada juga antara teman-teman mereka yang bertanya kepada DS Asmah, “You percaya kah dengan Mokhtar 100%? Sampai berlama-lama dia di sana. You sure, dia tak ada pasang lain?” DS Asmah geram juga dengn teman-temannya kerana dia pun tak pernah meragui suaminya, inikan temannya pula yang sibuk merisaukan Mokhtar. “I dah kahwin dengan dia 20 tahun. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan, pasti I akan tahu. Lagi pun I memang dah kenal sangat Mokhtar luar dalam. Dia takkan buat benda yang bukan-bukan. Dia memang ke Jakarta sering untuk urusan bisnes sahaja. Isteri-isteri teman-teman perniagaannya di sana pun I kenal sangat. Mereka pasti akan beri amaran kalau ada apa-apa yang tak kena.”
Sampai begitulah DS Asmah percaya pada suaminya Mokhtar. Ya lah kalau dah berkahwin 20 tahun, takkan DS Asmah tak dapat menghidu kalau betul DS Mokhtar ada melakukan perbuatan yang tak senonoh di Jakarta. Dan kunjungan DS Mokhtar ke Jakarta berlarutan sehingga beberapa tahun. Ada kalanya DS Asmah akan ikut juga suaminya ke sana walaupun bukan selalu. Dia akan ambil kesempatan untuk membeli-belah dan berlibur. Kadang-kadang ada tas tangan atau kasut berjenama yang diinginkan tidak sampai ke pasaran Malaysia, dia akan belilah di sana. Kain-kain pun lebih bagus-bagus di sana.
Sampailah ada sekali itu, Norma dan suami ikut DS Mokhtar dan DS Asmah ke Jakarta. Sengaja kali itu kerana DS Mokhtar kebetulan mengajak suami Norma main golf bersama-sama dengan teman-temannya di sana. Mungkin ada juga peluang bisnes yang boleh mereka kerjakan bersama-sama. Norma pun apa lagi. Mestilah kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Dia pun ambil peluang ini untuk shopping dan manjakan diri di spa-spa bagus di sana. Dapat juga dia menghabiskan masa bersama DS Asmah. Dan boleh juga dia berkenalan dengan isteri-isteri teman perniagaan DS Mokhtar.
Pada hari kedua mereka di sana, mereka pun book lah sesi spa di Keraton Spa. Ini antara spa paling mewah di Jakarta. Mereka akan disertai lagi dua kenalan DS Asmah, Santi dan Maya yang juga isteri kepada teman bisnes DS Mokhtar. Selesai sesi mengurut dan melulur, mereka semua duduk di dalam bilik sauna bersama-sama sebelum sesi mandi bunga. Di situ mereka berbual-bual tentang dunia sosial Jakarta dan gosip-gosip orang kenamaan di sana. Secara tiba-tiba Santi menyebut, “Aduh tak mengapalah Asmah, kita di Keraton Spa, spa termewah di Jakarta. Asal saja kamu tidak ke Malioboro.” Tentu sahaja Norma dan DS Asmah baru kali pertama mendengar nama itu. “Apa itu Malioboro Santi? tanya DS Asmah ingin tahu.
“Ahhhhh kamu belum pernah mendengar tentang Malioboro? Pusat hiburan, hotel dan spa untuk lelaki-lelaki yang mahukan ahem ahem…” katanya ketawa. “Rumah pelacuran?” tanya DS Asmah lagi. “Aduhhhh jangan begitu. Kasar sekali bunyinya Asmah. Kalo kamu menyebut begitu kepada orang di sini, mengundang benci nanti. Iyalah benarlah ia rumah pelacuran tetapi berselindung di sebalik nama pusat hiburan, hotel dan spa,” terangnya si Maya pula. “Perempuan-perempuan lokal?” tanya Norma pula.
Santi dan Maya sama-sama ketawa besar. Santi menjawab, “Aduhhhhh, apa sahaja bangsa yang kamu mahu ada di situ.” Rupa-rupanya Malioboro sememangnya terkenal sebagai pusat hiburan setempat lengkap ‘spa’ dan ‘hotel’ yang dilengkapi gadis-gadis pelbagai bangsa dari seluruh dunia. Namakan sahaja. Brazil, Rusia, Perancis, Argentina, China, Thailand – semua ada di Malioboro. Seperti kata Maya, “Lelaki-lelaki ke sana kalo mencari seks pelbagai bangsa. Mereka seperti masuk ke dalam sorga dunia. Gadis-gadis pelbagai bangsa ada di sana menawarkan apa-apa sahaja yang mereka mahu. Asal ada ongkosnya,” katanya sambil tersenyum.
Norma dan DS Asmah berpandangan sesama sendiri. Norma nampak tanda-tanda risau pada wajah DS Asmah. Norma hanya mampu tersenyum dengan harapan dapat menghilangkan kerisauan DS Asmah. Dalam perjalanan pulang ke hotel, DS Asmah menyuarakan kebimbangannya. “Norma, entah mengapa hati I tiba-tiba rasa tak sedap sejak Santi menyebut tentang Malioboro.” Norma senyap seketika sebelum membalas, “Mengapa pula Asmah? Apa yang tak kena. Biasalah tu di mana-mana pun ada tempat begitu. Di KL juga ada.”
“Eh tak usahlah you layankan perasaan you tu. Kan you sendiri yang kata, you percayakan Mokhtar. Dia takkan buat benda yang bukan-bukan,” Norma mengingatkan kembali DS Asmah kepada kata-katanya sendiri. Wajah DS Asmah masih lagi risau biarpun selepas Norma menenangkannya. Dan begitulah dia hinggalah sampai ke hotel.
Dua bulan kemudian…
Satu malam Norma mendapat panggilan. Nama DS Asmah tertera pada skrin telefon bimbitnya. Norma menjawab seperti biasa. “Asmah… apa kha…” Belum sempat pun Norma menghabiskan kata-katanya yang kedengaran hanyalah esakan DS Asmah. “Eh mengapa ni Asmah?” tanya Norma. Dalam esakannya, DS Asmah menceritakan yang dia tergerak hati melihat bil kad kredit DS Mokhtar yang sampai di rumah. Dan yang tersenarai dalam bil itu berderet-deret Malioboro… Malioboro… Malioboro… Malioboro. “Benarkah Asmah? Sudah you tanyakan pada Mokhtar?” “Belum… Patutkah I tanya pada dia Norma…? Mengapa dia sanggup buat begitu…” tersekat-sekat Asmah bercakap berselang-seli dengan esakannya.
“You kena minta penjelasan daripada dia Asmah. Baru you tahu cerita sebenar,” nasihat Norma kepada DS Asmah. Walaupun Norma sendiri tahu bahawa DS Asmah mungkin tidak akan mendapat penjelasan yang sebenar. DS Mokhtar pasti sukar mengakui bahawa dia mengunjungi Malioboro. Apalagi untuk mengaku yang dia sukakan seks pelbagai bangsa. Dan Norma yakin, itu juga satu kenyataan pahit yang sukar diterima oleh DS Asmah. Walaupun DS Mokhtar mungkin akan menyatakan bahawa dia hanya entertain rakan-rakan bisnes di situ, tetapi kemungkinan bahawa dia memilih untuk ke situ semata-mata untuk entertain pastinya sesuatu yang berat untuk DS Asmah terima. Apalagi setelah mendengar cerita Santi tentang Malioboro.
Hai begitulah kalau kita terlalu mempercayai suami. Sebaik mana pun mereka di depan kamu, tidak semestinya hatinya tulus dan perbuatannya jujur di belakang kamu. Yang pastinya godaan itu akan ada di mana-mana pun. Sehingga ke tahap mana kelakuan DS Mokhtar pabila berkunjung ke Malioboro itu, apakah dia ke situ untuk seks pelbagai bangsa atau untuk berhibur semata-mata hanya DS Asmah yang boleh menentukan. Atau apa dia mahu mempercayai sahaja bulat-bulat kata-kata DS Mokhtar, itu juga terpulang kepada dia…
Apa pandangan anda?