Belum habis lagi kita ‘mencerna’ khabar Kim Jones mengemudi Dior Homme dan Riccardo Tisci berpindah ke Burberry, keluar satu lagi berita… Virgil Abloh pula dilantik sebagai pengarah artistik Louis Vuitton menyelia bahagian menswear. Sementelahan dengan pemergian Christopher Bailey dan Phoebe Philo, 2018 adalah tahun yang sangat menarik buat industri fesyen. Kerana tahun ini bakal menyaksikan satu perubahan besar-besaran untuk beberapa rumah…
Selepas Azzedine Alaia, dunia fesyen jadi kelam kembali tahun ini. Kita kehilangan satu lagi permata fesyen bernama Hubert de Givenchy, pengasas juga pemilik jenama Givenchy yang meninggal dunia pada usia 91 tahun di kediamannya di luar Paris. Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. Teringatkan kesan hiba yang mendalam menyisip ke ruang hati Naomi Campbell sewaktu pemergian Azzedine…
Givenchy memilih Copenhagen. Entiti Nordic sangat kuat meramas pancaindera Riccardo Tisci sampai dia jadikannya ilham himpunan musim pra-luruh 2017. Seperti musim-musim lepas, destinasi antarabangsa bagaikan satu ‘fetisy’ buat Tisci – sebelum ini Naples, kini Copenhagen pula inspirasinya. Ragam rekaan Scandinavia yang punya nilai keaslian dan berpencar-pencar identitinya yang tersendiri, mengajak Tisci untuk tidak tidak gentar menjadikan elemen tersebut sebagai subjek…
Tertanya-tanya tentang siapakah yang bakal mereka untuk Givenchy setelah Riccardo Tisci meninggalkan tampuk pereka jenama ini, mereka mengumumkan koleksi yang memberi penghormatan kepada semua rekaan ikonik pereka ini untuk musim luruh nanti. Tapi semuanya dalam warna MERAH. Bijak juga. Dan sememangnya saya pernah membincangkan hal ini bersama teman. Kerana takkan Givenchy membiarkan musim luruhnya tanpa item untuk dijual sedangkan perniagaan…
Tanggal 31 Januari menandakan hari terakhir tugas Riccardo Tisci sebagai Pengarah Kreatif Givenchy. Kontraknya bersama rumah fesyen Paris ini berakhir dan tidak diperbaharui lagi.
Beyonce memilih memakai Givenchy oleh Riccardo Tisci dalam tour dunia Formation nya.