SEARCH

Tag: trend

Cole Haan ‘Pinch’ – Interpretasi Semula Siluet Klasik Amerika

Aksesori Fesyen 3 May 2018 0 Comments

Seperti yang selalu, ada saja teknologi atau pembaharuan yang diketengahkan oleh Cole Haan. Untuk musim bunga panas kali ini, Cole Haan mulih ke tempat asalnya, menyingkap siluet Amerika sebagai punca ilham untuk rekaan-rekaan kasut. Cole Haan mereka semula bahagian dalam, menjadikan kasut itu ultra-fleksibel, tapak yang selesa, ringan dan ditambah lagi butiran seperti cushioning. Cole Haan Pinch Collection adalah mesti…

read more

Kempen Believe In Dreams Tiffany & Co Menyimbah Warna Biru Di Sekitar Kota New York Mei Ini

Aksesori Fesyen 2 May 2018 0 Comments

Tiffany & Co tidak berseloroh sewaktu menerbitkan idea untuk menyimbah kota New York dalam warna biru Tiffany – warna rasmi jenama Tiffany. Ia bertujuan mengiringi pelancaran kempen ‘Believe In Dreams’ bermula pada Mei ini. Bagaimana Tiffany & Co melangsungkan cita-cita tersebut? Dengan menyerakkan cart kedai kopi Tiffany Blue, mengitari kota New York seraya menghidangkan bru kopi istimewa berserta croissant. Ia…

read more

Armani Exchange Dalam Tenaga Baru, Tapi Semangat Sama!

Fesyen Trend 1 May 2018 0 Comments

Armani Exchange yang baharu menjanjikan satu tenaga yang berbeza namun semarak semangatnya masih kekal sama! Armani Exchange atau AX kali ini meraih aturan gaya jiwa muda, agresif, lekas dan sarat dengan attitude.  Lebih sedasawarsa Armani Exchange mendewasakan diri sebagai jenama yang memegahkan kemudaan dan menikmati keindahan gaya yang berteraskan kekotaan. Dipengaruhi lagi oleh imbangan inti pati kesukanan dengan budaya jalanan…

read more

Gucci Bangkit Semangat Anak Muda Untuk Pre-Fall 2018

Fesyen Trend 30 April 2018 0 Comments

Gucci juga taasub dengan protes. Gucci menongkah langit ke Paris dan beranjak ke tahun 1968. Ia memestakan suasana pemberontakan, memerihalkan anak-anak muda menuntut perubahan sebagai tema utama kempen musim pra-luruh 2018! Gucci mempersembahkan… Dans Les Rues. Tahun 2018 galak menghidupkan protes, hal-hal membangkang eksploitasi, kemelut dunia dan menghapuskan beza-membeza antara jantina. Harakah ini secara tak langsung mendasari medan fesyen, memanfaatkan…

read more

7 Top Baju Renang Stailish Untuk Merai Musim Panas Kamu

Fesyen Trend 27 April 2018 0 Comments

Summer’s coming, so work hard (even harder) to get that summer body! Kerana mengiringi tema musim panas kelak, tiba masa untuk mendedahkan dan menayangkan aset tubuh kamu. Cadangan kami? Beranikan diri untuk menggayakan top baju renang stailish. Sebaik sahaja musim panas datang mengetuk kalendar sosial dan sedang kita merasai nikmatnya, seperti selalu, waktu rembang yang kian terik menguatkan alasan kita…

read more

Monki X RFSU : Koleksi Kapsul Memperjuangkan ‘Body Rights’

Fesyen Trend 26 April 2018 0 Comments

Monki memperkenalkan Monki X RSFU, – RSFU adalah Swedish Association for Sexuality Education – integrasi kapsul yang membangkitkan kesedaran untuk menyetop kemelut tentang fizikal diri, menyemat integriti (khusus untuk perempuan) juga menuntut hak kebebasan individu. Pendek kata, Monki berjuang untuk memperoleh keperkasaan wanita! Fesyen sebagai gelanggang yang mendukung kerasionalan, memusnahkan ketidakadilan dan meraih semula harga diri bagai sudah mendewasa bersama-sama.…

read more

SUBSCRIBE