All Posts By Azreezal Hafidz

Anxiety: Malang Sungguh Kalau Kamu Tunduk Kepadanya

Anxiety: Malang Sungguh Kalau Kamu Tunduk Kepadanya
Suatu malam selepas perjumpaan penting dengan peguam, saya berdepan dengan satu pengalaman hitam. Saya pernah mendengar pengalaman sebegini daripada beberapa teman saya tetapi selain daripada menunjukkan empati, saya tidaklah benar-benar memahaminya. Kerana saya tidak pernah melaluinya sendiri. Selepas pertemuan dengan peguam, kami makan malam bersama. Waktu itu lagi saya sudah perasan yang perhatian saya tidak lagi bersama dia dan rakan niaga saya, Amy. Saya bagai tidak dapat fokus pada perbualan mereka dan tidak bersungguh mendengar apalagi mencuba untuk memberi respons sebaiknya. Minta diri seketika daripada meja makan untuk mengambil rokok yang tertinggal dalam kereta, sewaktu berjalan untuk kembali ke restoran saya terserempak dengan teman dari tempat spinning, Aloha Cycle Club. Saya memang sangat menikmati perbualan dengannya sebelum-sebelum ini. Saya gembira terserempak dengan dia dan saya mendengar apa yang dia bualkan. Tapi yang saya ingat hanyalah bunyi hingar dalam telinga saya. Buzzing seperti bunyi sekumpulan lebah sedang berlegar di luar telinga. Kembali ke meja makan, perasaan saya memang seperti tidak mahu lagi berada di situ. Saya mahu pulang dan bersendirian.

Dalam Hidup, Kamu Perlu Tahu Destinasi Terakhir

Dalam Hidup, Kamu Perlu Tahu Destinasi Terakhir
Saya memandu hari Sabtu minggu lalu. Destinasi saya ialah Aloha Cycle Club, untuk indoor spinning di Plaza Damas (ya hari minggu pun perlu workout tau). Di atas jalan tidaklah banyak sangat kereta. Tetapi memandu naik dari Federal Highway ke atas Kerinchi Link, pemanduan saya jadi perlahan. Bukan kerana apa tetapi kerana hampir semua kereta yang memandu di depan saya seperti tidak tahu arah tuju mereka. Ada yang dari kiri mahu bertukar lane ke kanan. Dari kanan mahu ke kiri. Ada pula yang duduk di lane laju tetapi memandu perlahan. Seperti tak faham bahasa bahawa kenyataannya kalau kamu memandu perlahan perlu duduk di lane kiri (lane perlahan). I couldn’t help but wonder, kalau beginilah sikap pemandu di atas jalan, beginilah juga sikap mereka dalam memandang kehidupan. Analogi saya begini, dalam memandu kita mesti sudah tahu destinasi terakhir kita kan? Seperti saya, Plaza Damas ialah destinasi terakhir saya. Maka saya perlu set dalam minda jalan yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi saya itu. Saya juga perlu setkan dalam minda saya, apakah saya ada masa untuk memandu berlambat-lambat atau apakah saya perlu berderas kerana masa untuk…

KLFW 2019: Apakah Ia Menyemarakkan Industri & Mencapai Objektif Sebuah Minggu Fesyen?

KLFW 2019: Apakah Ia Menyemarakkan Industri & Mencapai Objektif Sebuah Minggu Fesyen?
Rancaklah di mana-mana orang menyebut tentang Kuala Lumpur Fashion Week 2019. Menghampiri minggu KLFW ini semua sudah kecut perut memikirkan helaian mana yang mahu disarung dan pertunjukan fesyen yang mana kah mahu dihadiri? Berlangsung dari 21 Ogos sampai 26 Ogos 2019, ini satu-satunya minggu fesyen yang dianggap relevan di Malaysia. Namanya itu sendiri ibarat penjenamaan buat ibu kota kita. Ia seharusnya dianggap sama tarafnya dengan minggu-minggu fesyen dunia yang seperti Paris Fashion Week, Milan Fashion Week atau New York Fashion Week. Jadi tak salah lah kalau banyak anak-anak muda bahkan pereka-pereka yang menyertai senak perut kerana teruja untuk minggu KLFW. Saya sempat menghadiri tiga pertunjukan tahun ini. Bermula dengan Wynka, jenama dari Kuching yang baru pertama kali menyertai KLFW, Ezzati Amira pada petang hari sama dan InnaiRed pada hari terakhir. Ketiga-tiga jenama ini…

Malaysia 2020, Apakah Kita Cukup Progresif dan Bersedia?

Malaysia 2020, Apakah Kita Cukup Progresif dan Bersedia?
Kurang empat bulan lagi kita akan menyambut kedatangan tahun 2020. Ingat lagi tak waktu tahun 2020 ini dicanangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah satu wadah menjana negara kita sewaktu dia berada di tampuk pemerintahan dulu? Dia menggelarnya sebagai Wawasan 2020. Ini visi yang mahu dia capai untuk Malaysia. Visi ini diperkenalkannya pada 1991. Bagus visi ini sewaktu di awal pengenalannya itu. Saya pasti waktu itu rakyat Malaysia berkobar-kobar mahu menjana Malaysia sesempurna yang digambarkannya dalam Wawasan 2020. Saya ingat membesar pada waktu itu, iklan-iklan TV, sepanduk digantung di merata-rata dan tak silap saya ada lagu khas diperkenalkan untuk membakar semangat rakyat Malaysia. Apakah Malaysia 2020 ini boleh dicapai? Secara amnya seperti yang ditulis William Greider dalam eseinya pada 1997 bertajuk β€˜Wawasan 2020’, visi ini menurut Tun Mahathir adalah untuk melihat Malaysia menjadi negara industri yang berdikari yang mana ekonominya akan membangun sehingga lapan kali ganda menjelang 2020. Masyarakat Malaysia pula seperti yang sering ditekankan Tun Mahathir…