10 Foto Sekitar Era Digital Muzik Awards 2019 (#EDMA2019)

ERA Digital Muzik Awards 2019 iktiraf artis ‘ONZ’ tempatan & hargai peminat setia ERA

Era Digital Muzik Awards 2019 (#EDMA2019)
(#EDMA2019)

(#EDMA2019) dianjurkan oleh stesen radio Melayu No.1 di Malaysia, ERA.fm mengumumkan lima (5) pemenang bagi lima (5) kategori #EDMA2019 dan disaksikan lebih 55,000 peminat dan pendengar di seluruh Malaysia.

Dibawakan bersama oleh SYOK, lima kategori yang dipertandingkan merangkumi ‘Artis Baru Boek’, ‘Lagu Featuring Hit’, ‘Rappers Paling ONZ’, ‘Lagu Viral ONZ’, dan kategori baru #EDMA2019 yang menerima lebih setengah juta undian, ‘Fan Club Paling Ngam’.

Kategori baru ini memberi sokongan kepada jasa dan usaha kelab peminat yang terus-terusan memberi sokongan kepada artis-artis kesayangan mereka. Tahun ini, kategori ini dimenangi oleh ‘Qiemillio Official FC’ iaitu kelab peminat Haqiem Rusli.

Malam itu, pentas #EDMA2019 turut dihangatkan dengan persembahan-persembahan mantap dan bertenaga daripada K-Clique, Naim Daniel, Floor 88, Zizi Kirana, Bunga, Sarah Suhairi, Luqman Faiz, Andi Bernadee, Ariff Bahran dan Ucop serta personaliti-personaliti ERA.

#EDMA2019 disaksikan secara langsung lebih 55,000 peminat dan pendengar setia stesen radio ERA menerusi tiga platform digital ERA seperti Facebook, YouTube and Instagram.

PEMENANG-PEMENANG #EDMA2019

Artis Baru Baek
Luqman Faiz
Lagu Featuring Hit
K-Clique ft Aliff
Rappers Paling ONZ
K-Clique
Lagu Viral ONZ
Donde - Andi Bernade
Fan Club Paling Ngam
Haqiem Rusli - Qiemillio Official FC

Floor 88 Era Digital Muzik Awards 2019 (#EDMA2019)
Floor 88
 
K-Clique Era Digital Muzik Awards 2019 (#EDMA2019)
K-Clique
 
MK K-Clique Era Digital Muzik Awards 2019 (#EDMA2019)
MK & Kid Santhe
 
Sarah Suhairi dan Ariff Bahran Era Digital Muzik Awards 2019 (#EDMA2019)
Sarah Suhairi & Ariff Bahran
 
Zizi Kirana #EDMA2019
Zizi Kirana
 
Naim Daniel Era Digital Muzik Awards 2019 (#EDMA2019)
Naim Daniel
 
Bunga #EDMA2019
Bunga
 
Luqman Faiz
Luqman Faiz

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Rizal Rasid
10 Foto Sekitar Era Digital Muzik Awards 2019 (#EDMA2019)