12 Filem 2020 Terbaik Pilihan Sepanjang Tahun Ini

12 Filem 2020 Terbaik Pilihan STAIL.MY

12 Filem 2020 Terbaik Pilihan Sepanjang Tahun Ini

If your New Year’s resolution is ‘see more movies’, you’ve come to the right place.

2020 membuka lembaran baru sinematik yang mendebarkan. Dari instalasi filem lama hingga filem adaptasi kesusasteraan dan nukilan novel. Lalu berubah menjadi filem yang mengujakan.

Tahun ini juga, kamu berupaya menemukan beberapa projek filem hasil sutradara eksentrik seperti Dune arahan Denis Villeneuve dan ‘Tenet’ arahan Christopher Nolan. Sama ada kesukaan kamu itu animasi mahupun filem aksi, genre perisik kepada sci-fi, 2020 menyajikan semua jenis filem untuk tontonan kamu.

Berikut saya senaraikan 12 filem 2020 terbaik pilihan STAIL.MY sepanjang tahun ini:

BAD BOYS FOR LIFE (17 JANUARI)

Setelah 17 tahun berlalu, kita bertemu kembali dengan Mike Lowery dan Marcus Burnett. Ini adalah filem instalasi ketiga siri ‘Bad Boys’, membawa dua ‘budak nakal’ ini ke dunia jenayah kartel dadah di Miami.

BIRDS OF PREY (7 FEBRUARI)

12 Filem 2020 Terbaik Pilihan Sepanjang Tahun Ini 1

Margot Robbie membintangi sebagai Harley Quinn dalam filem terbitannya sendiri ini. Dia akan didampingi oleh Black Canary, Huntress dan Renee Montoya untuk melindungi anak gadis belasan tahun dari cengkaman Black Mask.

A QUIET PLACE: PART 2 (20 MAC)

12 Filem 2020 Terbaik Pilihan Sepanjang Tahun Ini 2

Filem seram arahan pelakon dan pengarah, John Krasinski. Ia filem kesinambungan dari filem pertama yang mengikuti kembara sebuah keluarga yang menentang makhluk jahat ganas yang sangat sensitif dengan bunyi dan suara.

NO TIME TO DIE (8 APRIL)

Tiada masa untuk mati! Daniel Craig kembali untuk kali kelima melakonkan watak James Bond dari francais Ejen 007 paling terkenal ini. Arahan Cary Fukunaga, filem ini menjanjikan aksi yang mendebarkan dengan Rami Malek sebagai penjahat utama.

BLACK WIDOW (1 MEI)

12 Filem 2020 Terbaik Pilihan Sepanjang Tahun Ini

Filem Marvel yang memaparkan adiwira wanita, Natasha Romanova (Scarlett Johansson) selaku Black Widow. Mungkin filem ini akan mengembalikan kerinduan peminat, setelah kematian mengejutnya di ‘Avenger: End Game’ (2019) yang lepas.

ARTEMIS FOWL (29 MEI)

Berdasarkan novel nukilan Eoin Colfer. Filem fantasi ini dibintangi oleh Josh Gad, Judi Dench dan ramai lagi. Ia tentang seorang budak lelaki berusia 12 tahun, Artemis Fowl yang lahir dalam keluarga penjenayah yang pintar.

WONDER WOMAN 1984 (5 JUN)

Satu lagi filem adiwira wanita, Wonder Woman (Gal Gadot) akan didampingi Chris Pine sekali lagi bersama Robin Wright dan Kristen Wiig. Patty Jenkins kembali selaku pengarah.

GHOSTBUSTERS 2020 (10 JULAI)

Ghostbusters pada tahun 2016 membawa kita kepada kumpulan penyelamat hantu versi wanita yang dianggotai Kate Mckinnon, Leslie Jones dan Kristen Wiig. Versi kali ini membawa pula pelakon cilik, Finn Wolfhard bersama Paul Rudd untuk menghidupi kembali francais ini.

THE CONJURING: THE DEVIL MADE ME DO IT (11 SEPTEMBER)

Filem instalasi ketiga ‘The Conjuring’. Patrick Wilson dan Vera Farmiga kembali menjayakan watak Ed dan Lorraine Warren, pengamal dunia paranormal dan batin terkenal di US. Agaknya apa hantu atau syaitan yang mereka akan tangkap ya, kali ini?

VENOM 2 (2 OKTOBER)

Tom Hardy kembali beraksi sebagai Venom! Berikutan filem pertamanya pada 2018 tidak terlalu mendapat sambutan, Andy Serkis tetap dengan pendirian untuk mengarahkan filem sekuel ‘Venom 2’. Terima kasih Andy!

GODZILLA VS KONG (20 NOVEMBER)

12 Filem 2020 Terbaik Pilihan Sepanjang Tahun Ini

Pertarungan antara dua raksasa! Godzilla melawan King Kong! Oh my, it would be epic!

DUNE (18 DISEMBER)

12 Filem 2020 Terbaik Pilihan Sepanjang Tahun Ini

Denis Villeneuve mengarah filem sci-fi adaptasi novel nukilan Fran Herbert yang terkenal. Yang paling mengujakan, ia dibintangi Timothée Chalamet, Jason Momoa dan Zendaya!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Solekan & Dandanan Rambut Terbaik di Critic’s Choice Awards 2020
12 Filem 2020 Terbaik Pilihan Sepanjang Tahun Ini