5 Lagu Baru Mac: Dari Styles ke Swift, Wajib Kamu Dengar

Lagu Baru Mac 2020 – Harry Styles, Sam Smith, Katy Perry, Lady Gaga & Taylor Swift

5 Lagu Baru Mac: Dari Styles ke Swift, Wajib Kamu Dengar

Falling – Harry Styles

Kebanyakan trak lagu di dalam album ‘Fine Line’ (2019) oleh Harry Styles adalah berkenaan bekas teman wanitanya, model Perancis, @CamilleRowe. Dan ‘Falling’ tidak terkecuali. Di sebalik balada piano yang mendayu sayu itu, Harry memberi petunjuk lagu ini adalah sebab mengapa dia berpisah dengan Camille.

Harry sangat terkesan dengan perpisahannya itu. Dia menulis ‘Falling’ bersama Tom Hull – yang biasa membuat lagu untuk Florence + The Machine. Ya, terdapat DNA Florence untuk ‘Falling’. Lagu ini sesuai untuk kamu yang baru sahaja putus cinta. Terkala layankan sahaja perasaan sedih yang membungkam itu. After all, we’re human.


To Die For – Sam Smith

Sekali lagi memperlihat kerjasama antara Sam Smith dengan rakan/komposer Jimmy Napes dan Stargate untuk lagu yang tenang, tulus hati ini. Dibuka dengan dialog filem kultus 2001, ‘Donnie Darko’, Smith merendahkan tempo dengan petikan temali gitar dan suara piano. Kemudian, vokal Smith mulai terapung-apung dengan gemersik, berbisik “I just want somebody to die for”.

Berbicara soal ‘To Die For’, Sam Smith menerangkan, “Ia menjadi suatu perkara ‘liar’ yang pernah saya hasilkan. Ia seperti rangkuman terdalam yang terbenam di dalam sanubari saya,” jelasnya.


Never Worn White – Katy Perry

Seperti yang dijanjikan, lagu baru Katy Perry berjudul ‘Never Worn White’ ini bermula dengan petikan piano. Ia lagu balada perlahan yang digarap dengan melodi kebiasaan yang terdapat di dalam lagu-lagu perkahwinan barat. Rangkap pertama menyentuh tentang kesudian Katy untuk akhirnya melepaskan segalanya untuk si dia yang tercinta.

Sementara Katy menyanyikan korus, terus kepada tunangnya Orlando Bloom, “I’ve never worn white / But I wanna get it right … ‘Cause I really wanna say, I do,” nyanyinya. Mungkin ia adalah lamaran Katy untuk berkahwin dengan Bloom? Lagipun dia sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Tak sabar menunggu tarikh perkahwinan mereka!


Stupid Love – Lady Gaga

Lady Gaga baru sahaja mengeluarkan lagu terbaru bertajuk ‘Stupid Love’ setelah hiatus selama dua tahun dengan lagu terakhir ‘Shallow’ bersama Bradley Cooper dalam filem ‘A Star is Born’ pada 2018. Lagu baru ini adalah single pertama dari album keenamnya, ‘Chromatica’ (2020) yang bakal dilancarkan pada April nanti.

Yang menariknya, seluruh penggambaran untuk muzik video ‘Stupid Love’ ini ditangkapi dengan hanya menggunakan iPhone 11 Pro dan diarahkan oleh Daniel Askill.


The Man – Taylor Swift

Feminisme. Itu tema untuk ‘The Man’, lagu terbaru dari bekas teman wanita Harry Styles ini. Taylor membayangkan bagaimana situasi akan terjadi sekiranya dia dilahirkan sebagai seorang lelaki kulit putih yang kaya-raya. Sungguhpun dia adalah seorang wanita kulit putih (juga kaya-raya), Taylor ingin mengetengahkan isu ketidaksamaan jantina antara lelaki dan wanita di Amerika Syarikat. Ia lagu tentang kritikan sosial, yang saya kira bernas dan tak tersangka dinyanyikan oleh Taylor Swift. Jadikan ia lagu baru Mac kamu yang bersemangat!


What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Top 5 AME 2020: Balu Abam Bocey Tarik Diri & Apa Kes Pula Dengan Alif Satar?
5 Lagu Baru Mac: Dari Styles ke Swift, Wajib Kamu Dengar