5 Segmen Pecah Perut Bersama Nabil Ahmad di ERA D Boyz

Gandingan baru ERA D Boyz bersama Nabil Ahmad, Radin & Danial

5 Segmen Lucu Pasti Pecah Perut Bersama Nabil Ahmad di ERA D Boyz

Segmen petang di ERA semakin rancak dengan gandingan baru personaliti-personaliti terkenal iaitu Radin, Danial bersama Nabil Ahmad yang bakal mengendalikan segmen ERA D’Boyz, setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 petang hingga 8 malam.

Bermula Januari 2020, peminat-peminat ERA akan dihiburkan dengan telatah lucu, lawak jenaka dan pengisian menarik yang serba baharu oleh trio yang ceria ini.

Radin dan Danial bersama Nabil Ahmad akan membawakan pengisian segmen petang menarik seperti:

o Chef 2 Gossip

Topik berkaitan isu semasa dan cerita-cerita artis tempatan mahupun antarabangsa yang dilakonkan dengan kaedah memasak

o Pikat Line:

Nabil dan Danial cuba untuk memikat hati pendengar dengan ‘pick up line’

o Can Sing Ar?:

Pendengar ERA boleh karaoke bersama Danial

o D’Boyz Polls:

Interaksi bersama pendengar ERA menerusi laman sosial

o Gogel Translate:

Nabil akan cuba terjemahkan perkataan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dengan caranya sendiri

Sebelum ini, Nabil hanya mengendalikan Carta ERA 40 setiap hujung minggu. Dengarkan ERA D’Boyz bersama personaliti-personaliti ERA ini yang pastinya menghiburkan petang kamu dengan pengisian santai dan lucu.

Layari era.je untuk maklumat lanjut.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Azreal Adam
5 Segmen Pecah Perut Bersama Nabil Ahmad di ERA D Boyz