#DudukRumah Strim 9 Filem Melayu Ini Secara Percuma

Koleksi 9 Filem Melayu Percuma Di Astro Ria Melalui Astro GO Sepanjang Tempoh PKP

#DudukRumah, Strim 9 Filem Melayu Ini Secara Percuma!

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order (RMO) selama dua minggu lagi, menjadikannya berakhir pada 14 April 2020 (buat masa ini) bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kini.

Demi menyahut saranan kerajaan yang menyeru rakyat bagi mematuhi arahan PKP tersebut dengan perintah #DudukRumah, Astro Ria senang membawakan koleksi filem tempatan pecah panggung khusus untuk menghiburkan rakyat Malaysia dan pelanggan yang setia menyokong Astro selama ini.

Astro GO PERCUMA untuk semua rakyat Malaysia!

Kini semua rakyat Malaysia dan yang tersayang boleh log in masuk Astro GO dan menyaksikan saluran-saluran Astro yang terpilih secara komplimentari termasuklah program On Demand di peranti mudah alih atau telefon pintar mereka.

Bagi mereka yang bukan pelanggan Astro, boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1: Muat-turun aplikasi Astro Go di App Store atau Google Play
  • Langkah 2: Pilih ‘Non-Astro’ Customer’
  • Langkah 3: Tetapkan ID kamu
  • Langkah 4: Sahkan ID kamu dengan kod 6 angka daripada email yang bakal diterima

Pelanggan Astro pula, boleh terus memilih ‘An Astro Customer’, log masuk dan hubungkan akaun Astro kamu dan terus strim pakej langganan kamu and enjoy!

#DudukRumah, Strim 9 Filem Melayu Ini Secara Percuma!

Manfaatkan lagi penawaran Astro GO percuma itu tadi dengan menonton sajian filem tempatan menarik yang bakal mengisi slot khas jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Kesemua filem ini boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.

Sempena musim cuti sekolah ini juga, Astro Ria turut memberi bonus dengan membawakan filem animasi tempatan terlaris yang berjaya melakar sejarah tahun lalu, ‘Boboiboy Movie 2’ pada hari Jumaat, 27 Mac ini jam 9.00 malam termasuklah siaran dalam format resolusi berkualiti 4K UHD di saluran 780.

Berikut adalah senarai penuh koleksi filem tempatan yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD sepanjang tempoh PKP ini:

9 Filem Melayu Percuma Di Astro Ria

#DudukRumah, Strim 9 Filem Melayu Ini Secara Percuma!

#DudukRumah, Strim 9 Filem Melayu Ini Secara Percuma!

#DudukRumah, Strim 9 Filem Melayu Ini Secara Percuma!

Bagi memberi lebih pilihan tambah nilai, kamu juga boleh menikmati akses penuh kesemua koleksi filem tempatan pelbagai genre pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand tanpa sebarang caj tambahan.

Antara filem-filem menarik yang tersenarai termasuklah Manisnya Cinta Di Cappadocia, Polis Evo, The Journey, Ola Bola, You Mean The World To Me (Hai Ki Sin Lor), Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bikers Kental, Penanggal, Suamiku, Encik Perfect 10!, Kimchi Untuk Awak, Abang Long Fadil 2, Tombiruo, Busker, Ombak Rindu, KL Menjerit, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Lagenda Budak Setan, Lagenda Budak Setan 2, Cun, Spicy Killers (Claypot Curry Killers), Kami Histeria, Dukun, Misteri Dilaila V1 & V2, Boboiboy Movie 2 serta banyak lagi.

Terus berhibur bersama Astro, kekal tenang, duduk diam di rumah dan jangan keluar!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#FirstLook Peninsula – 4 Tahun Kemudian Selepas ‘Train To Busan’!
#DudukRumah Strim 9 Filem Melayu Ini Secara Percuma