Alan Walker Gegarkan Borneo Music Festival Live 2020!

Alan Walker & DJ Soda beraksi di Borneo Music Festival Live 2020

Alan Walker Gegarkan Borneo Music Festival Live 2020

Satu festival yang cukup istimewa dan eksklusif bakal ‘menggegarkan’ peminat muzik house, dance dan trance di Malaysia tidak lama lagi apabila Borneo Music Festival Live 2020 bakal berlangsung di Perkampungan Budaya Sarawak pada 10 dan 11 April kelak.

Apa yang menariknya, festival muzik yang diadakan secara ‘outdoor’ ini juga akan menggabungkan artis dan pemuzik daripada pelbagai negara dan genre, sekali gus menjadikan acara ini cukup meriah dan cukup lit!

Penggemar muzik pastinya tidak sabar menantikan penampilan khas Alan Walker (UK), DJ Soda (Korea Selatan), DJ Alexis Grace (Malaysia), Nicole Chen (Singapura), DJ X Factor (Filipina), DJ Venom C (Indonesia), LFDY (Live Fast Die Young dari Taiwan) dan Alex (China).

Bakat kelahiran Malaysia seperti Rynn Lim, Thomas Jack dan Priscilla Abby juga bakal membuat kemunculan di festival ini. Tidak dilupakan, pemuzik kebanggaan Sarawak sendiri iaitu At Adau, Tuku Kamek, DJ Chaca Feroza, DJ Myvax dan DJ Ice-Cream.

DJ yang sentiasa menutup sebahagian muka dengan masker yang cukup popular dengan lagu ‘Faded’ ini akan mengadakan persembahan buat julung kalinya dengan penuh gaya di Bumi Kenyalang. Menerusi lagu ini, Alan menerima anugerah berlian di Jerman, selain mendapat pengiktirafan platinum di 10 negara termasuk US dan UK.

Untuk makluman, penganjuran festival muzik bertaraf antarabangsa ini antara lainnya bertujuan untuk menghimpunkan kesemua pemuzik berbakat seluruh dunia untuk mewarnai arena muzik tempatan, khususnya di Sarawak.

Selain menampilkan persembahan muzik berskala besar, kamu juga akan terpesona dengan ‘Dunia Borneo’ di Sarawak Cultural Village. Dengan keluasan 17 ekar, ia menempatkan banyak replika rumah kaum etnik Sarawak di dalam satu kawasan rekreasi.

Borneo Music Festival Live 2020 Poster

 Music Festival Live 2020 ticket

Tiket Borneo Music Festival Live 2020 boleh didapati di airasiaredtix.com/tickets/BMFL2020

Nota kaki: Semua harga tiket dikecualikan yuran pemprosesan. Festival ini hanya untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja. Untuk maklumat lanjut layari @bmfl2020 di laman rasmi Facebook dan Instagram.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Sacheu, Youtuber Kecantikan Pilihan Kami Bulan Ini
Alan Walker Gegarkan Borneo Music Festival Live 2020!