‘The Singing Pizza’: Alvin Chong Nyanyi #CintaLuarBiasa ๐Ÿ˜ป

#REVIEW Malam Penuh Pesona di Konsert The Singing Pizza

Lebih 500 penonton hadir menyaksikan The Singing Pizza yang berlangsung di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Konsert gandingan hebat dalam kepelbagaian citarasa dan irama, persembahan tujuh artis terkenal tempatan ini menggamatkan suasana.

Aman Ra membuka pentas dengan lagu rap popularnya berjudul โ€˜Budak Flatโ€™ diikuti lagu ‘Fighterโ€™ dan โ€˜Bangunโ€™ yang membangkitkan mood malam itu.

Persembahan diteruskan dengan Zen, yang memukau perhatian dengan lagu terbarunya, โ€˜If I Knewโ€™. Penyanyi bersuara merdu ini mengejutkan peminat dengan medley โ€˜Kenangan Terindahโ€™ (Samsons).

Malam diteruskan dengan permainan interaktif “Blind Pizza Tasting” yang memberi peluang kepada empat peminat bertuah untuk naik ke pentas bersama Aman Ra dan Zen.

Penyanyi baru, Shalma Eliana mengganti baton dengan persembahan lagu berentak R&B berjudul โ€˜If I Ainโ€™t Got Youโ€™ dan juga โ€˜Mahukah Kamuโ€™.

Seterusnya, Alvin Chong tampil merampas pentas dengan persembahan lagu โ€˜Tajamโ€™ serta lagu cover โ€˜Cinta Luar Biasaโ€™ daripada penyanyi Indonesia yang sangat terkenal, Andmesh Kamaleng.

Pasangan duet ThomasJack membuktikan bakat mereka dengan lagu berjudul ‘Rumours’, nyanyian semula โ€˜Ku Juga Mencintaimuโ€™ dan โ€˜Mungkin Nantiโ€™ berduet dengan Zen.

Paling utama, akhirnya Fattah Amin muncul sambil mengalunkan lagu romantisnya yang berjudul โ€˜Isterimewaโ€™ dan โ€˜1234Uโ€™. Manakala Fazura menyanyikan ‘Bisa Apa’, โ€˜Bangunโ€™ dan โ€˜Canโ€™t Forget Meโ€™.

Akhir sekali, pasangan suami isteri ini melabuhkan tirai konsert, mendendangkan lagu duet popular mereka dengan โ€˜Paling Sempurnaโ€™.

Menukar kotak piza biasa kepada konsep kotak muzik, ‘The Singing Pizza’ hadir dalam bentuk kotak piza yang bertemakan piring hitam

Ia menampilkan ilustrasi artis (Alvin Chong dan rakan-rakan) di hadapan kotak berserta kod QR untuk pengaksesan lebih 200 buah lagu eksklusif (termasuk lagu-lagu yang masih belum dipasarkan), dengan senarai main lagu yang boleh dikemaskini setiap dua minggu di aplikasi โ€˜The Singing Pizzaโ€™.

Konsert The Singing Pizza dibawakan secara eksklusif oleh Pizza Hut dengan kerjasama Universal Music Malaysia. Layari @pizzahutmalaysia untuk sebarang maklumat lanjut.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#OMG Gucci Beauty Bakal Bertandang Ke Malaysia! Kami Sudah Tidak Sabar Lagi
‘The Singing Pizza’: Alvin Chong Nyanyi #CintaLuarBiasa ๐Ÿ˜ป