12 Finalis Hero Remaja 2020 Muka Lebih Kurang Sama? Ini Alasannya!

Teka-teki 12 finalis Hero Remaja 2020 akhirnya terjawab!

Peserta #HeroRemaja2020

Hero Remaja 2020 (#HeroRemaja2020) memperkenalkan kedua-dua belas finalis secara rasmi dengan pengumuman Ain Edruce sebagai pengacara dan pengenalan dua juri tetap, Scha Al-Yahya dan Datuk Hans Isaac.

Musim ini adalah penganjuran #HeroRemaja edisi kesepuluh sejak kali pertama diperkenalkan lebih tiga dekad lalu di sekitar 1990. Sepanjang tempoh 30 tahun itu, #HeroRemaja berjaya melahirkan ramai nama besar yang kini sudah pun memiliki portfolio seni yang membanggakan merangkumi bidang lakonan, pengacaraan dan peragaan.

Hampir 600 calon peserta hadir bagi mencuba nasib sewaktu sesi ujibakat yang berlangsung selama empat hari pada Disember tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, hanya 12 finalis terbaik disenarai-pendek menerusi saringan yang ketat sebelum serapan masuk akhir.


Kesemua 12 finalis #HeroRemaja2020 bakal ditempatkan di bawah satu bumbung yang sama untuk ‘dikuarantin’ bagi tempoh hampir dua bulan untuk menjalani sesi penggambaran

Biodata Ain Edruce Pengacara #HeroRemaja2020

Terdahulu, Alif Muhaimin yang kini semakin aktif berlakon, dinobatkan sebagai #HeroRemaja2017 untuk edisi kesembilan pada 2017 lalu. Antara nama-nama besar yang lahir daripada program pencarian #HeroRemaja ini termasuklah Fattah Amin, Syafiq Kyle, Kamal Adli, Saharul Ridzwan, Ashraf Sinclair, Esma Daniel, Eizlan Yusof, Norman Hakim, Badrul Muhayat dan ramai lagi.

Selebriti versatil, Scha Al-Yahya – yang pernah dimahkotakan sebagai Dewi Remaja 2005/06 – bersama Datuk Hans Isaac diberikan mandat sebagai juri tetap yang bakal mengadili #HeroRemaja2020 serta turut bertindak sebagai mentor kepada mereka. Manakala pelakon dan pengacara yang semakin popular, Ain Edruce pula dilantik sebagai hos program.

Menurut Fiezreen Ahmad selaku Pengarang Pengurusan Remaja, “Bermula pada 1990, lima tahun selepas Dewi Remaja pertama membuka tirai, #HeroRemaja menjadi satu pertandingan pencarian bakat baharu yang cukup sinonim dengan industri seni tanah air, khusus buat golongan remaja lelaki.

Kesemua finalis #HeroRemaja2020 memiliki personaliti yang berbeza, sekaligus memberikan warna kepada pertandingan yang bakal berlangsung selama lapan minggu ini. Setiap peserta masing-masing menampilkan perwatakan yang cukup menarik, dilengkapi dengan kemahiran komunikasi yang baik,” jelasnya ketika ditanya tentang faktor rupa mereka yang hampir sama.

Peserta #HeroRemaja2020

#HeroRemaja2020 akan bersiaran selama lapan minggu pada setiap Khamis, jam 9 malam bermula 27 Februari 2020 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).


12 Finalis Hero Remaja 2020

Biodata Jabir Meftah Finalis Hero Remaja 2020

JABIR
(Jabir B Jilani Meftah)
20 tahun, @jabirmeftah


Biodata Imran Finalis Hero Remaja 2020

IMRAN
(Mohammad Imran Aqil B Mohd Salehuddin)
21 tahun, @ijeebsteer


Biodata Meerqeen Finalis Hero Remaja 2020

MEERQEEN
(Muhammad Shameer Shauqeen b Shaiful Izam)
19 tahun, @meerqeeen


Biodata Nadhir Finalis Hero Remaja 2020NADHIR
(Ahmad Nadhir B Ahmad Nasar)
24 tahun, @nadhirnasar_


Biodata Aniq Finalis Hero Remaja 2020

ANIQ
(Muhammad Aniq Suhair B Mohd Salleh)
20 tahun, @aniqshr


Biodata Tom Finalis Hero Remaja 2020

TOM
(Thomson Goh)
23 tahun, @iamtomsz


Biodata Hariz Finalis Hero Remaja 2020

HARIZ
(Muhammad Hariz B Muhammad Hamdan)
18 tahun, @harizws


Biodata Azri Finalis Hero Remaja 2020

AZRI
(Mohammad Azri B Abd Khair)
24 tahun, @azri.khair


Biodata Azim Finalis Hero Remaja 2020

AZIM
(Abdul Azim B Mohd Yusof)
23 tahun, @azimyusof_


Biodata Jazmy Finalis #HeroRemaja2020

JAZMY
(Jazmy Khan B Juma Khan)
22 tahun, @jazmyjuma


Biodata Umar Finalis Hero Remaja 2020

UMAR
(Muhd Umar B Badrol Hisham)
22 tahun, @umarhisham.mm


Biodata Haziq Finalis Hero Remaja 2020

HAZIQ
(Mohamad Haziq B Nazimuddin)
23 tahun, @haziqnz


What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Kondom Paling Nipis Untuk Hubungan Seks Paling Sempurna Valentine Ini
12 Finalis Hero Remaja 2020 Muka Lebih Kurang Sama? Ini Alasannya!