Harry Styles Wears Dresses: 6 Foto Menunjukkan Betapa Cool nya Dia

Harry Styles wears dresses? Ya, awalnya memang Harry Styles yakin mengenakan helaian-helaian wanita tetapi masih dalam rekaan maskulin. Tetapi semakin lama, Styles juga semakin selesa mengenakan rekaan-rekaan yang lebih feminin malah sehingga memakai dresses terus. But you know what, he can get away with it. Mungkin juga kerana Styles punya aura cool dalam dirinya. Dia mengingatkan saya kepada David Bowie, Mick Jagger malah Amy Search kalau di Malaysia. 

Untuk lelaki memakai dresses memerlukan lelaki itu benar-benar yakin dengan personaliti dirinya. Dia perlu benar-benar tahu siapa dirinya yang sebenar. Dia faham bahawa maskuliniti nya tidak akan sama sekali tercalar sekiranya dia memakai dress sekali pun. Anyway, style is supposed to be fun and individual. Tambah lagi dalam era sekarang ini, tidak wujud lagi batas gender dalam bergaya. Pakailah apa pun yang selesa dan membuat kamu gembira.

Sama ada itu atau kamu adalah lelaki yang tidak peduli langsung dengan hukuman atau kata-kata orang di sekeliling. You’re a free spirit man atau you’re cool. Itu sahajalah yang dapat menerangkan citarasa dan stail kamu itu. Seperti Styles, jika kamu lihat semua foto-fotonya, tidak ada satu pun di mana Styles nampak canggung menyarung dress-dress dalam gambar. Dia malah menyerlahkan karakter normal dirinya yang gila-gila, tak kuasa dan I don’t give a damn. 

What women wear. What men wear. For me it’s not a question of that. If I see a nice shirt and get told, ‘But it’s for ladies.’ I think: ‘Okaaaay? Doesn’t make me want to wear it less though.’ I think the moment you feel more comfortable with yourself, it all becomes a lot easier. HARRY STYLES memberitahu The Guardian

Harry Styles Wears Dresses
Muzik video Lights Up

Styles memakai dress lace putih ini dalam muzik video Lights Up. I mean come on!!! Hanya dia berani memakai dress sebegini untuk diabadikan dalam muzik video kot.

Harry Styles Wears Dresses
Penggambaran bersama The Guardian

Dress dan kemeja berlengan frills daripada Commes des Garcon ini Styles pakai untuk gambar dalam artikel The Guardian

“A part of it was having, like, a big moment of self-reflection. And self-acceptance.” Harry Styles

Harry Styles Wears Dresses
Kemunculan di Saturday Night Live (SNL)

Dia membawa watak ballerina dalam salah satu kemunculannya untuk Saturday Night Live. Sehinggakan ada seorang peminatnya tweet dan menyebut,

Harry Styles Wears Dresses
Harry Styles wears dresses dalam muzik video Falling

Oh gosh. Kali pertama saya menonton muzik video Falling, saya kata dalam diri, “You’re so fucking cool Harry.” Dia memakai dress berlisu lilac daripada Gucci ini di sepanjang muzik video nya. Dia mengenakannya dengan seluar daripada kering sampai tenggelam dalam air, dress ini akan selamanya dikenang.

Anugerah Brit Awards

Sut kuning ialah daripada koleksi wanita Marc jacobs musim bunga 2020. Tetapi Styles membuatnya nampak sangat cool. Bersama fabrik tulle ungu yang dijadikan bow tie, look ini sangat ikonik.

“I think it’s a very free, and freeing, time. I think people are asking, ‘Why not?’ a lot more. Which excites me. It’s not just clothes where lines have been blurred, it’s going across so many things. I think you can relate it to music, and how genres are blurring…” Harry Styles

Penggambaran majalah Beauty Papers 

Penampilan ini agak mengejutkan dan menerima banyak juga kritikan. Styles hanya mengenakan stoking fish net dalam gambar ini. Tapi entah bagi saya ada unsur hotness dalam gambar ini walaupun dia mengenakan stoking itu. Saya kira begitulah efek yang kamu cipta kalau kamu selesa dengan diri kamu!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Pelitup Muka Sempena Raya Ini, Untuk Menyedarkan Nusa!
Harry Styles Wears Dresses: 6 Foto Menunjukkan Betapa Cool nya Dia