K-Drama Kontroversi, Backstreet Rookie, Bakal Ditayang di Malaysia!

Kepada mereka yang belum pernah dengar tentang siri ini, ya, siri komedi romantik Backstreet Rookie yang menjadi bualan ramai dan sedang lagi berlangsung tayangannya di Korea ini bakal menjengah Malaysia pada 27 Jun ini di Astro ONE. Diadaptasikan daripada webtoon popular Korea serta memiliki hampir 1 juta pengikut dengan catatan rating 9.3 ini dilakonkan oleh pelakon kelas pertama, Ji Chang Wook, Kim Yoo Jung dan Han Sun Hwa.

Backstreet Rookie

Sedikit sipnosis tentang drama ini yang berkisarkan tentang kehidupan Dae Hyun (Ji Chang Wook) sebagai pengurus kedai serta Saet Byul (Kim Yoo Jung), pekerja separuh masa di kedai runcit popular Korea. Di dalam siri ini, kamu bakal saksikan kelincahan Kim Yoo Jung yang mana sebelum ini kita hanya lihat beliau berlakon di dalam siri-siri drama berkisar sejarah kerajaan Korea.

Walaubagaimanapun, drama ini sebenarnya dikatakan agak kontroversi di Korea. Walaupun baru ditayang sehingga episod kedua, penonton sudahpun mulai rasa tidak selesa dan memilih untuk tidak menonton siri ini. Kata mereka, siri ini agak keterlaluan kerana menurut jalan cerita sebenar di webtoon, banyak aksi-aksi yang tidak sesuai ditonton semua peringkat umur. Dan ada juga yang meminta tayangan ini dihentikan.

Tidak mengapa, kita tunggu tayangannya nanti dan lihat bagaimana reaksi peminat Ji Chang Wook dan Kim Yoo Jung di Malaysia. Mungkin mereka sahaja yang terlalu obses dengan siri webtoon sebenar itu?

Oh ya, jangan lupa untuk dengar dan hayati sekali alunan OST hasil nyanyian merdu Kang Daniel untuk siri ini yang bakal ditayangkan setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9.45 malam di Astro ONE saluran 393.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Fendi California Sky Bak Kartun, Kolaborasi Bersama Joshua Vides & Kegemaran Peribadi Kami Musim Ini!
K-Drama Kontroversi, Backstreet Rookie, Bakal Ditayang di Malaysia!