Dari Rempit ke Rapper, Abu Bakar XLI Beri Kelainan Dalam Scene Hip Hop Tempatan

Abu Bakar XLI muncul dengan single NiNiNi sebagai pengenalan karier muzik

Abu Bakar XLI - NiNiNi

@AbuBakarXLI mula dikenali dalam dunia hip hop tempatan – seperti penyanyi-penyanyi rap celik internet yang lain – dengan caranya sendiri iaitu melalui saluran Youtube dan media sosial utama yang cukup sinonim dengan generasi milenial sekarang.

Penyanyi rap ini baru sahaja menginjak usia 23 tahun namun sudahpun dilamar Def Jam SEA sebagai salah seorang rapper di bawah naungannya. Berbekalkan cara dan identiti unik yang ada pada dirinya, dia menghimpunkan muzik video dan lagu-lagu yang mewakili demografik rakyat Malaysia yang jarang sekali dikaitkan dengan scene hip hop, iaitu sub-budaya ‘budak motor’ atau ‘rempit’.

Anak muda kelahiran Ipoh, Perak ini ‘mahukan segalanya’ lewat single sulungnya yang diberi tajuk NiNiNi, selaku taruhan pertamanya di pentas hip hop serantau. ‘NiNiNi’ adalah retorik sentiasa berusaha dalam budaya hip hop dan menyimpulkannya dengan cara ala jalanan.

Abu Bakar XLI - NiNiNi  lirik

Apa aku nak, semua aku dapat!,” rap AbuBakarXLI dengan slanga jalanannya dalam Bahasa Melayu pasar. “Sama ada lambat atau cepat. Aku nak semua,” bingkasnya dalam lagu NiNiNi.

“Tiada yang mustahil untuk dikecapi dalam dunia ini selagi kita berusaha dan bersikap kental menempuhi tiap rintangan dan cabaran yang mendatang,” kata AbuBakarXLI tentang lagunya yang memperkukuhkan pesanan kesedaran kendiri dan bukan hanya tentang kekejaman dunia di sebaliknya semata-mata.

“Jangan lupa untuk meraikan apa yang kamu raih dalam hidup tetapi tetaplah merendah diri,” sambungnya,

Abu Bakar XLI - NiNiNi  album

“Lebih baik bercita-cita tinggi daripada sekadar bermimpi sahaja”  – AbuBakarXLI

Namun aspirasi tersebut ada bahayanya dan ia dipaparkan dalam video muzik ‘NiNiNi’. Menterjemahkan lirik dengan bahasa visual yang bertemakan drama dan jenayah, muzik video ini adalah pengenalan AbuBakarXLI terhadap budaya rempit dalam hip hop. Terdapat satu paras keaslian dalam cara rap dia. Menyalurkan bunyi dan imej yang ‘bersuara’ tempatan. Satu kualiti yang jarang ada pada hip hop Malaysia yang sering berkiblatkan barat.

NiNiNi hanyalah secebis pengenalan kepada apa yang ingin dipersembahkan AbuBakarXLI melalui rap dan muziknya akan datang. Lagipun, AbuBakarXLI  – ‘sentiasa dapat apa yang dia mahukan’.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#KarpetMerah Siapa Yang Paling Cantik di Anugerah SAG 2020?
Dari Rempit ke Rapper, Abu Bakar XLI Beri Kelainan Dalam Scene Hip Hop Tempatan