X Missing U: Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir Rindu Siapa Tu?

Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir akhirnya berduet untuk satu lagu baru!

Beberapa minggu lalu, penggemar muzik tanah air teruja apabila penyanyi dan komposer, Faizal Tahir mengacah peminat menerusi laman sosial medianya (@faizal_tahir) yang memberi bayangan dia akan muncul dengan lagu terbaru tidak lama lagi.

Lebih menarik lagi, apabila Dayang Nurfaizah pun turut memuat naik satu video dengan petikan lagu yang serupa di laman sosial medianya (@dayangsayangkamu). Sekaligus menguatkan lagi tekaan peminat dan penantian mereka yang menantikan lagu kolaborasi antara kedua penyanyi itu akhirnya terlaksana.

Mac ini, industri muzik tempatan disapa dengan single terbaru mereka yang bertajuk X Missing You, yang bukan sahaja menampilkan Dayang dan Faizal sebagai tarikan utama, malah turut diserikan lagi dengan penampilan Tuju daripada K-Clique, kumpulan hip hop yang semakin menempa nama dan Yonnyboii.

Dayang Faizah dan Faizal Tahir Muzik Video Lirik X Missing You Yonnyboii


Lagu terbitan Faithful Music ini adalah projek khas yang menampilkan kolaborasi antara Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir ft. Tuju X Yonnyboii, yang masing-masing mempunyai gaya dan halatuju muzik tersendiri. 

Dayang Faizah dan Faizal Tahir Muzik Video Lirik X Missing You Tuju K-Clique

‘X Missing You’ adalah ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a, Tuju dan Yonnyboii. Lagu ini bertunjangkan melodi rancak yang didendangkan bersama gemersik suara Dayang dan Faizal, dikuatkan lagi dengan lontaran bait-bait kata oleh Yonnyboii dan Tuju dalam gaya mereka yang tersendiri.

Lagu yang digarap dengan susunan muzik bercitarasa moden dan kontemporari setanding lagu terbitan antarabangsa ini, diharapkan dapat mengulangi lagi kejayaan Faizal dan pasukan produksi rakamannya dalam menghasilkan suatu sajian muzik yang berbeza berbanding lagu-lagu yang berada di pasaran muzik tempatan masa kini.

X Missing You diterbitkan oleh Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia selaku pengedar. Boleh didengari dan didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

View this post on Instagram

#xmissingu not missing you

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

View this post on Instagram

x missing u

A post shared by FT (@faizal_tahir) on

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Beg Tangan SS 2020 Untuk Bulan Mac Yang Lebih Stailish!
X Missing U: Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir Rindu Siapa Tu?