Hello Disember! Layan Lagu Baru Andi Bernadee Vs Ismail Izzani Yang Ummmph!

Hello Disember! Andi Bernadee Berkolaborasi dengan Ismail Izzani & 2 Lagu Baru Untuk Kamu Layan

Andi Bernadee dan Ismail Izzani bukanlah suatu nama asing lagi di kalangan peminat muzik tempatan. Meskipun kerjaya seni mereka baru berusia tiga tahun, penyanyi yang mesra disapa sebagai Andi dan Mael ini boleh diangkat sebagai sensasi muzik terkini.

Walaupun mempertaruhkan genre rancak, Andi dan Mael masing-masing mempunyai gaya dan keunikan tersendiri malah lagu-lagu nyanyian mereka terus-terusan mendapat sambutan dan menjadi siulan anak muda. Siapa sangka, dua penyanyi sensasi kegemaran milenial ini bergabung dan memanaskan lagi industri muzik tempatan menerusi lagu duet terbaru berjudul Hello.

Andi Bernadee & Ismail Izzani Bergabung & Meletup Untuk ‘HELLO’

‘Hello’ adalah ciptaan bersama Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Ismail Izzani. Lagu yang membawa genre pop elektro ini diberikan susunan muzik segar setaraf muzik kontemporari. Gabungan alunan suara dan gaya vokal Andi dan Ismail tampak serasi dalam menyampaikan ‘Hello’. Saya jangkakan ‘Hello’ mampu mengangkat lagi profil mereka sebagai penyanyi dan menjangka ‘Hello’ bakal tular di mana-mana. Andi dan Mael berharap agar lagu taruhan mereka ini mendapat sambutan positif peminat muzik tempatan.

 

Selepas ‘Bunga’, Ara Johari Cuba ‘Racun Hati’

Setelah memberi ‘Bunga’, selepas menepis segala tohmahan kerana meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-33 lalu, Ara Johari kembali dengan sebuah lagi lagu Balada Rock berjudul Racun Hati.

Bersesuaian dengan suara Ara, lagu ini menceritakan tentang seseorang yang kehilangan pasangan sehingga sanggup ‘meracuni hatinya’ dengan ‘membunuh’ rasa sayang terhadap orang baru yang lain kerana terlalu mencintai pasangannya yang telah pergi itu tadi.

Digubah oleh Amy Bong dan disulami dengan lirik nukilan Ziin serta Amy Bong sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu-lagu hit balada Ara sebelum ini. Lagi pun, Ara memang terkenal dengan lagu berentak balada rock dan mempunyai himpunan peminatnya yang tersendiri yang senantiasa ternanti-nantu buah tangan terbaru darinya.

 

Sampai ‘WAKTU’ Untuk Aizat

Setelah kejayaan lagu ‘Sampai ke Hari Tua’ dan ‘Harapan Jadi Nyata’ pada 2018 serta tampil dengan lagu dedikasi khas untuk arwah bapa menerusi ‘Angin Lalu’ pada awal tahun ini, kini penyanyi dan komposer muda, Aizat Amdan tampil pula dengan lagu terbaru yang berjudul WAKTU.

Lazimnya bila disebut soal lagu cinta, ramai yang membayangkan lagu berentak balada, namun Aizat cuba memberi variasi baru untuk ‘WAKTU’. Lagu ciptaan Aizat bersama adiknya, Anas Amdan ini diberikan sentuhan muzik kontemporari dan berentak lebih laju berbanding lagu-lagu yang dikeluarkan Aizat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekali lagi mengangkat tema cinta, tetapi kali ini Aizat cuba menterjemahkannya bukan sahaja menerusi bait liriknya, malah menerusi gubahan lagu yang membayangkan suasana cinta di awang-awangan. ‘WAKTU’ turut menampilkan vokal kakak Aizat sendiri, Ili Zuhair Amdan. Ia lagu tema cinta tempatan yang berada di kelas kategorinya yang tersendiri.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Delicious December : 2 Most-Awaited Adidas, Bottega Buka Kafe & Kempen Holiday Stuart Weitzman!
Hello Disember! Layan Lagu Baru Andi Bernadee Vs Ismail Izzani Yang Ummmph!