I Like To Move It, Move It! Rasai Magis Madagascar The Musical Live in Malaysia!

30 Minit Bersama Nathan Brine, Penerbit Eksekutif Madagascar The Musical Live in Malaysia 2019

Pernahkan kamu membayangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi menjayakan sebuah pementasan muzikal yang enigmatik? Nathan Brine selaku penerbit Madagascar The Musical membawa peminat di Malaysia menyelami apa yang berlaku di sebalik tabir.

Saya pasti ramai antara kamu sudah menonton filem animasi komedi ini. ‘MADAGASCAR’ berkisarkan sekumpulan haiwan liar yang berperwatakan riang dan mencuit hati, cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di hutan sebenar selepas ‘terlepas’ tanpa rela dari Zoo New York.

Kini, bayangkan adegan-adegan lucu Madagascar The Musical secara langsung di hadapan mata kamu!

Tanda tarikh 5 hingga 8 Disember 2019 pada kalendar kamu, kerana karakter-karakter lucu dan comel ini bakal membuat persembahan secara langsung di Dewan Plenary di KLCC. Pementasan muzikal ini menjanjikan malam penuh magis dan keseronokkan serta lawak spontan melalui tarian dan muzik.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan untuk mengadaptasi animasi layar perak kepada persembahan hiburan nyata?

Banyak penyelidikan, perancangan, kerja keras dan… mandi peluh! Dari set pementasan sehinggalah ke kostum, kesemuanya harus seiras dan memberi perasaan yang sama sebagaimana dalam filem asal. Dan paling penting, ia mampu membuatkan kamu ‘tertawan’ dan terhibur.

Oleh kerana persembahan muzikal ini dipertontonkan secara langsung, maka tiada langsung ruang untuk pelakon-pelakon ini melakukan kesilapan. Cabaran hebat ini harus disandang di bahu Nathan Brine (penerbit) dan pasukannya. Dari mana ia bermula? Dengan mencari pelakon-pelakon yang sesuai dan berbakat (vokal dan tarian). Seterusnya memulakan raptai secepat mungkin.

Sebelum memulakan persembahan percubaan, Nathan dan kru menghabiskan lebih tiga minggu untuk proses ujibakat dan pemilihan pelakon bagi jelajah Madagascar The Musical ini. Ia disusuli dengan dua sesi raptai iaitu tiga minggu di bilik latihan dan seminggu di sebuah lokasi di United Kingdom.

Cabaran seterusnya adalah memberi nyawa kepada skrip yang telah dirangka. Ia sama seperti kesan khas dan suntingan yang digunakan dalam proses pembikinan filem. Tujuannya? Bagi menjadikan cerita itu ‘hidup’ dan mengagumkan. Namun persoalannya, bagaimana pula mahu menghidupkan animasi kegemaran ramai ini dengan hanya menggunakan manusia?


Bagaimana manusia (pelakon-pelakon) perlu menjiwai watak-watak haiwan tanpa bergantung pada sebarang bantuan kesan khas? Kamu mungkin bertanya

Sebagai permulaan, kostum dan solekan harus dimimik sehampir mungkin bagi menjadikan ia boleh dipercayai, kata Brine. Muzikal ini memperagakan sejumlah kostum rumit yang belum pernah digunakan dalam mana-mana produksi. Yang paling sulit pastinya kostum untuk King Julien dan Alex the Tiger.

Bagi hal solekan pula, setiap daripada Zoosters (penghuni-penghuni zoo) akan dipasang dengan solekan rekaan tersendiri. Jadi ia tidak mudah. Secara keseluruhannya, proses seseorang pelakon mengenakan kostum lengkap solekan memakan masa selama 30 minit (minima) sehingga satu jam.

Madagascar The Musical menjelajah dan membuat persembahan di beberapa lokasi terkenal di Eropah dan kini Malaysia mendapat penghormatan sebagai negara Asia Tenggara pertama menjadi tuan rumah untuk mengadakan pementasan muzikal animasi yang sangat terkenal ini. Sebelumnya, pementasan muzikal ini mendapat sambutan yang sangat hangat di UK.

Sebagai kumpulan muzikal yang menjelajah, pertukaran dari satu lokasi ke lokasi (malah negara ke negara) yang lain sememangnya mencabar. Ketika menjelajah, kekangan yang biasa mereka hadapi adalah perbezaan saiz pentas dan keupayaan teknikal sesuatu lokasi itu. Mereka harus menyesuaikan diri mengikut keadaan. Terima dan adaptasi.

Ada kalanya, pementasan muzikal ini boleh jadi besar-besaran dan juga boleh juga berlawanan, berdasarkan ruang dan saiz pentas yang disediakan. Ini kerana sesetengah lokasi tidak mempunyai kebolehan atau kapasiti yang cukup untuk mereka melakukan aksi (contohnya adegan terbang), maka beberapa elemen persembahan terpaksa dikurangkan.

“Namun, mujurlah semua persembahan yang kami lakukan tetap hebat walau di mana-mana lokasi yang pernah kami singgah kerana kepakaran kru & pelakon,” ucap Brine.

Satu lagi aspek penting adalah memastikan pentas dipersiapkan dengan betul supaya produksi berjalan lancar dari awal sehingga tamat persembahan tanpa sebarang masalah. Bayangkan andai ada pelakon yang tersadung atau terjatuh kerana kesalahan kecil yang boleh dielakkan ini? Oleh itu persediaan pentas yang sempurna adalah mustahak.

Adegan terbesar adalah babak pembukaan di Central Park Zoo. Di mana banyak adegan sangkar, pintu besar zoo dan watak-watak akan beraksi serentak di atas pentas. Adegan yang paling rumit pula, jelas Brine, adalah aksi kemuncak di atas kapal. Babak ini sarat dengan sangkar besar serta puluhan watak haiwan. Terdapat juga kotak-kotak penguin comel.

Dengan perkhabaran yang kumpulan muzikal ini sah bertandang ke Malaysia, Brine yakin peminat-peminat di negara ini pasti berasa teruja dan harapnya akan kagum dengan produksi. Pemandangan, kostum dan muzik, semuanya cukup luar biasa dah hebat-hebat belaka. Ia ibarat kamu sedang menonton filem animasi, tetapi secara langsung di hadapan mata.

Sertai Alex (Singa), Marty (Kuda Belang), Melman (Zirafah) dan Gloria (Badak) dalam kembara mereka yang mengasyikkan sebaik sahaja meloloskan diri dari ‘kediaman’ mereka di Central Park Zoo, New York. Mereka terserempak dengan King Julien (Lemur) yang lucu sewaktu terdampar di sebuah pulau misteri di Afrika yang bernama Madagaskar.

Harga tiket bermula dari RM498 (Perdana), RM368 (VIP), RM268 (KAT A), RM188 (KAT B) RM98 (KAT C). Untuk maklumat lanjut berhubung pementasan, barisan pelakon dan pembelian tiket, layari @MadagascarTheMusicalMY

MADAGASCAR THE MUSICAL LIVE IN MALAYSIA 2019
Tarikh pementasan: 5 – 8 Dis 2019
Tempat: Dewan Plenary, KLCC

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Def Jam SEA Sebagai Rumah Rakaman Hip Hop Serantau
I Like To Move It, Move It! Rasai Magis Madagascar The Musical Live in Malaysia!